ANCAMAN KEHADIRAN PEKERJA/WARGA ASING


Sekitar November 2014 saja Harian Metro mendedahkan sekurang-kurangnya dianggarkan terdapat 6.7 Juta warga asing yang bekerja di Malaysia. Bayangkan ketika ini dan jumlah sebaik Zahid Hamidi mengotakan janjinya untuk membawa masuk lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini. Bermakna hampir 10 juta orang pekerja asing di negara ini termasuk angka ghaib yang tidak terdapat dalam data Imigresen. 

Dengan jumlah rakyat Malaysia 30 juta orang, bermakna ratio antara pekerja asing dengan jumlah rakyat negara ini adalah 1/3 dan angka ini amat membimbangkan. Setiap hari ada saja laporan jenayah melibatkan warga asing di negara ini dan ia akan meningkat setiap hari. 

Pada 6 Oktober 2012, seorang wanita yang bekerja di Puchong Perdana jam 3 petang menunggu bas diacu parang dileher oleh warga Myanmar dan mengheret masuk ke dalam kereta dan di bawa ke sebuah rumah dan dirogol bergilir-gilir oleh lebih 10 orang warga sama. Bayangkan kesengsaraan yang harus dilaluinya sepanjang tempoh diculik. Di manakah tempat selamat lagi buat rakyat negara ini? Alangkan di rumah sekalipun sudah tidak selamat dan hak mempertahankan diri juga sudah kabur dari keyakinan rakyat.

“Mengikut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk 2012 sahaja, dari 602 kes bunuh, 66 daripadanya dilakukan warga asing, bersamaan 11 peratus dari keseluruhan kes. Manakala diantara Januari hingga Ogos 2014 sahaja, daripada 338 kes bunuh, 167 daripadanya dilakukan warga asing bersamaan 49.4 peratus,”. 

Sekiranya kes bunuh bagi 2014 sahaja menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus penglibatan warga asing, kes rompakan bersenjata melibatkan turut meningkat kepada 71.4 peratus berbanding 29.4 peratus pada 2012, bagaimana dengan jumlah mereka sekarang yang kian meningkat?
Bukan itu saja yang membebankan negara, isu-isu sosial juga seperti punca pembawa penyakit, sindiket pelacuran khususnya warga China dan Vietnam, sumbang mahram antara warga tempatan dan warga asing serta pengaliran keluar ringgit yang memberi impak negatif pada ekonomi negara.

Apakah pekerja atau warga asing di negara ini tidak terikat dengan undang-undang berkuatkuasa di negara ini? Jika mereka juga harus mematuhi undang-undang negara, maka amat wajar segala saluran media yang ada samada elektronik, siber atau cetak harus digunakan sepenuhnya samada sebagai medium penerangan, nasihat dan amaran terhadap pelaku jenayah di kalangan mereka agar tidak sewenang-wenangnya menjadi penyumbang angka jenayah di negara ini. 

Jika GST dapat dikerah pihak kastam dan kementerian penerangan berkempen siang malam di media-media negara ini untuk menjustifikasikan tindakan untuk menguatkuasakan GST, apakah masalah sosial dan jenayah yang kian membengkak dan bernanah harus didiamkan?
Pekerja asing harus diberi pengetahuan tentang bahayanya tindakan dan perlakuan yang bertentangan dengan adab dan budaya negara ini serta yang bertentangan dengan undang-undang serta hukuman bakal menanti. Jangan dijadikan alasan tentang kejahilan undang-undang sebagai punca mereka melakukan jenayah dan penyumbang masalah sosial di negara ini. 

Jenayah membawa padah dan cegah sebelum parah walaupun sebenarnya sudah parah.

Comments

Popular Posts