MAT JENIN DAN SEJARAH SANUSI BERULANG
2. Bezanya kali ini ia dilakukan terhadap DS Mukhriz oleh pemimpin-pemimpin yang sudah tersohor dengan pemasyuran atas pelbagai skandal dan juga terpahat di minda rakyat betapa lemah, khianat dan kemaruknya kumpulan ini. Apatah lagi DS Mukhriz juga sedang dimusuhi oleh pemimpin yang menjadi musuh utama sebahagian besar rakyat. ‘Common Enemy’ DS Mukhriz dengan rakyat memudahkan simpati melimpah ruah kepadanya dan sudut ini gagal diambil kira oleh kumpulan yang terlebih lajak dari laju.
3. Lantaran itulah sebaik berita sidang media yang diketuai Ahmad Bashah di Hotel Grand Alora itu tersebar, ramai pendokong dan rakyat yang bersimpati tanpa mengira latar belakang politik atau non-partisan berhimpun sebelah malamnya di hadapan bangunan Tunku yang juga merupakan Bangunan UMNO Kedah membantah tindakan tidak beradab kelompok yang kononnya hilang keyakinan terhadap kepimpinan DS Mukhriz.
4. Lebih memalukan lagi apabila alasan hilang keyakinan dan dikaitkan dengan prestasi MB Kedah itu dilakukan oleh mereka yang diketahui umum terdiri daripada kalangan yang gagal dan hanya dapat menyambung hayat politik atas ihsan PM. Mahadzir Khalid sendiri telah mencatat sejarah sebagai MB yang terguling di kaki pembangkang. Apakah itu bukan ukuran kegagalan seorang MB menerajui negeri? Ahmad Bashah pula sehari dua sebelum itu tersebar di media sosial sedang beradu tenaga bertarung dengan serangan penyakit pantang kena angin sepoi-sepoi dalam majlis penganugerahan darjah kebesaran KDYMM Tuanku Sultan. Jamil Khir Baharom dan Azeez Putera pula yang terpalit dengan skandal menghiris perasaan rakyat turut bersama Bashah dalam sidang media itu. Yang lain-lainnya juga amat diketahui oleh rakyat negeri Kedah tahap kepimpinan dan sisi gelap masing-masing.
5. Mahu menggoncang supaya buah luruh malangnya sarang kerengga dan tebuan yang jatuh. TV3 yang gah sebelah malamnya mencanangkan isu ini, hari ini sunyi sepi apabila kenyang dengan maki hamun netizen membantah tindakan biadab ini.
6. 15 ketua bahagian UMNO maka berpuluh ragam mereka tapi jangan sampai rakyat hilang hormat. Rakyat amanahkan mereka untuk membantu rakyat khususnya dalam situasi ekonomi yang amat membebankan. Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh kelompok ini kepada rakyat selain imej kemaruk jawatan yang tidak berkesudahan.
7. Mereka harus sedar bahawa mereka perlu berguru dengan bapa DS Mukhriz bagaimana beliau menguruskan 22 ADUN yang memprotes tindakan Tun M melantik Sanusi sebagai MB. Tindakan 22 ADUN ini lebih ganas sehingga ke tahap mensabotaj Sanusi untuk menang sebagai Ketua Bahagian Langkawi dalam usaha menghalang Sanusi dilantik. Namun ketegasan Tun M tetap melantik Sanusi sebagai MB walaupun bukan di kalangan ketua bahagian dilihat sebagai gaya kepimpinan yang menggerunkan tetapi perlu dalam situasi krisis sedemikian. Malahan, Sanusi turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. Kesemua ADUN terbabit kemudian dipanggil memberi penjelasan kepada Perdana Menteri berhubung memorandum yang dibuat. Daripada laporan yang diterima kesemua 22 ADUN yang keluar selepas memberi penjelasan terus membuat pusingan U berputar-putar sehingga dilihat umpama keling mabuk todi.
8. Semuanya gara-gara kemaruk kuasa TS Osman Aroff yang sudah 3 penggal diberi peluang oleh Tun M sebagai MB tetapi masih menganggap PM ketika itu tidak mengenang jasanya. Politik dendam yang berakar dalam negara kita ini dibuktikan oleh TS Osman Aroff dengan berpakat dengan musuh-musuh politik Tun M hingga dia disabotaj dengan menggagalkannya terpilih sebagai G7 ke PERGUNG. Semua ini dizahirkan oleh Tun M dalam buku biografinya yang terkenal Doktor Umum.
9. Orang yang tidak belajar sejarah sememangnya mudah terjerumus ke dalam lubang biawak yang sama. Mungkin lubang-lubang biawak itu ditimbus dengan ‘dedak’ hingga kerap kali terjatuh ke dalamnya hanya Allah dan mangsa-mangsa lubang biawak saja yang tahu.
10. Sanusi oh Sanusi! Mereka ini sama seperti kisah yang dikisahkan oleh Sanusi tentang Mat Jenin. Ramai tertipu mengatakan Mat Jenin mati jatuh pokok kerana angan-angannya. Sebenarnya Mat Jenin tidak mati mengikut Sanusi kerana kalau Mat Jenin mati bagaimana orang mengetahui apa angan-angan Mat Jenin. Jadi, yang mengadakan sidang media semalam besar kemungkinan adalah Mat Jenin yang masih belum mati jatuh pokok.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment