PERANGKAP ISLAMOPHOBIA

Salam,

Agak lama terhenti penulisan di blog saya setelah mood menulis agak menurun. Namun dengan serangan di Paris sedikit mencuit semangat saya menulis. Nampaknya banyak negara termasuk Malaysia sudah terjebak dengan sindrom takut pada bayang-bayang Islamic State (IS). Mereka sudah termakan umpan US, Israel dan sekutu. Banyak bukti menunjukkan IS adalah haiwan peliharaan Israel dan US. Malah pemimpinnya Abu Bakr Al Baghdadi dilatih oleh agensi perisikan Israel (MOSSAD).

Kemunculan IS tidak seperti Jamaah Islamiyah (JI), Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Al Qaeda atau lain-lain kumpulan dikaitkan dengan aktiviti keganasan. JI, KMM dan lain-lain ada bukti mereka telah terlibat dengan insiden2 keganasan khususnya di Indonesia seperti Bom Bali, Plaza Atrium Jakarta dan juga Hotel Ritz Carlton dan Hotel JW Mariott. Kebanyakan anggota JI, KMM dan Al Qaeda adalah veteran perang Mujahideen menentang Soviet Union dalam perang lebih 9 tahun bermula 1979 hingga tahun 1989. Sedangkan kelompok IS ini walaupun ada sebahagian veteran perang tersebut tetapi yang terlibat dan dikaitkan dengan IS luar dari Timur Tengah adalah amatur dan kanak-kanak baru baligh serta mereka yang kelihatan agak kurang intelek sepertimana arwah Dr Azahari dan Nordin Md Top. Nama-nama besar seperti Riduan Hishamudin @ Hambali, Imam Samudera, Abu Dujana, Ali Imron dan lain-lain juga masih gagal dikaitkan dengan suspek-suspek IS sehingga sekarang. Jika dulunya ada juga yang mendakwa pernah bertemu Osama Bin Laden tetapi elemen IS tidak pula yang disebut pernah bertemu Abu Bkr Al Baghdadi.

Islamophobia menjadikan kita mudah mengikut telunjuk polis dunia US dan sekutunya. Serangan di Paris masih belum dapat dibuktikan melibatkan IS hanya dengan pengakuan kononnya datang dari IS sebagai dalang sebalik serangan. Apa bukti dapat mengaitkan kumpulan yang mengaku itu benar2 dari IS? Ada kesan cap jari dan bukti kukuh sepertimana seseorang menjadi anggota pasukan keselamatan punya rekod yang jelas beliau anggota pasukan keselamatan?

Soalan mudah yang tidak mampu dijawab oleh manusia yang rasional adalah kenapa Israel tidak dijadikan sasaran IS? Kenapa dengan kekuatan ketenteraan paling canggih di dunia US dan Israel gagal hapuskan IS?

Saya lebih gemar setiap insiden dibuktikan dengan fakta bukan 'false flag operation' atau 'covert operation' yang dirancang dengan teliti oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa menanti peluang muncul.

US tidak mampu menggempur musuh-musuh sebenarnya di bawah dan hanya berani mengebom dari atas atau dari armada-armada lautnya yang bacul. Dalam peperangan amat perlu pasukan darat untuk menghancurkan dari bawah sedangkan US dan Israel terkenal dengan kebaculannya akibat trauma di Vietnam dan beberapa negara sebelum ini. Untuk mengisi ground forces mengikut arahan mereka, maka IS dicipta sebagai BARUA mereka untuk mengisi 'vacum' ditinggalkan war lord di negara2 Timur Tengah yang diserang mereka.

Cukup2lah menjadi bell boy dan waiter kepada US dan Israel.
 "Seorang teman adalah seseorang yang memiliki musuh yang sama dengan musuh Anda".

Comments

Popular Posts