MUSIM KUCING GALAK
Salam,
1. Beberapa hari ini agak sulit dan mengecewakan untuk sediakan makanan buat kucing-kucing yang sering menumpang kasih dan makanan di rumah. Kadang-kadang terfikir melelahkan usaha merebus ikan dan membazir wang jika mereka tidak makan. Tapi dek rasa kasihan dan sayang pada kucing-kucing ini walaupun bukan dipelihara, tetap teruskan usaha ini tanpa upah dan paksaan. Bila difikir puncanya adalah musim kucing galak.
2. Yang jantan meraung sana-sini dan yang betina juga hilang bersama-sama pasangan masing-masing. Yang agak kurang manis apabila anak-anak jantannya kini sudah menjadikan ibu mereka sebagai teman ranjang. namun, itulah sifat kehaiwwanan yang tidak patut ada pada manusia tetapi patut mungkin buat mereka.
3. Musim begini waktu makan sudah menjadi waktu melelahkan untuk ke hulu ke hilir mencari mereka untu diberi makan. Sudah lah ada waktunya hujan dan sudah gelap untuk tetap memberi makan atas nama kasihan dan kasih sayang. Sesekali terasa pasti ada di kawasan kediaman aku yang berfikir aku ini kurang waras dengan tidak berbaju berseluar paras bawah lutut ke sana sini bawa talam dan pinggan-pinggan ikan rebus untuk diagihkan pada kucing-kucing selain yang di dalam rumah. Hanya Allah swt akan menilai keikhlasan manusia.
4. Kisah ini sebenarnya membuat aku teringat akan gelagat pemimpin politik yang seakan-akan mengikut jejak langkah kucing galak yang bermusim. Musim pilihanraya mereka berkampung di rumah tuannya dan selepas itu mereka terus hilang membiarkan rumah dan tuannya kesunyian mencari mereka. Ketika pilihanraya mereka akan sepenuh hati berbaik-baik dengan tuannya (pengundi) tetapi setelah kenyang dan menjadi galak maka tunggulah musim pilihanraya akan datang untuk melihat kelibat kucing-kucing politik galak ini.
5. Alangkah sedihnya hati kita tetapi terimalah fitrah kucing yang sememangnya akan galak dan menghilangkan diri mereka apabila musimnya sampai sepertimana kucing-kucing politik yang tidak kurang handalnya apabila sudah menjadi galak.
Wallahualam
Comments
Post a Comment