WAL KULUPI AL REPOTPOLISI
Salam,
1. Senggang sejak sekian lama tidak menulis di laman blog ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Bukan terpaksa tetapi tersiksa agaknya. Banyak perkara yang tidak dapat dijelaskan kenapa jumlah masa yang sama diperuntukkan untuk semua manusia tetapi ada yang berlebihan masa dan ada yang tidak pernah cukup masa. Akar kepada masalah mungkin bagaimana kita mengurus masa.
2. Kadangkala terfikir bagaimana seorang manusia bernama Rani Kulup atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup Bin Abdullah berumur 60 tahun punya begitu banyak masa untuk memenuhi tuntutan samada dirinya atau pihak tertentu membuat laporan polis. Berbekal NGO yang diketuainya sebagai presiden dengan nama Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) entah berdaftar atau tidak dengan pendaftar pertubuhan, beliau akan muncul di serombong lensa TV3 sebaik selesai laporan polis dibuat bersama pengikutnya atas apa saja isu yang sedang hangat dalam arus perdana politik negara.
3. Cuma menjadi sesuatu yang boleh diduga di planet mana beliau menyedut udara adalah daripada sasaran laporan polis yang dibuatnya. Semua laporan polis itu dihalakan kepada pihak yang tidak sehaluan dengan pemerintah sedangkan isu-isu besar seperti 1MDB, isu MARA, isu Lembaga Urusan Tabung Haji, skandal pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi, pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Altantuya tidak pula dibuat laporan polis.
4. Apakah Rani Kulup ini cerdik dan begitu mahir selok-belok perundangan negara? Sepintas lalu pastinya kita akan beranggapan 'tidak' kerana dari percakapan dan gaya yang ditonjolkan lebi mirip kepada 'pesakit mental'. Kita hanya dapat mengandaikan bahawa ada pihak yang mengeksploitasi kelemahan Rani Kulup yang tergila-gila populariti itu untuk memenuhi hajat mastermind di belakangnya.
5. Alasannya mudah, tindakan Rani Kulup itu akan mewujudkan 'culture of fear' dengan laporan-laporan polis yang dibuat serta mendorong pihak lain juga mengambil tindakan sama dan menjadi asas persepsi masyarakat bahawa apa yang berlaku itu tidak diterima majoriti rakyat. Natijahnya, seorang mendapat 'glamour' percuma dan satu pihak lagi muncul sebagai Tok Dalang wayang kulit.
6. Bagi Rani Kulup, 'trademark' Kipidap dan Jilake yang digunakan hingga menjadi ikutan ramai itu sudah cukup membuat dia 'kembang bontot' dan lebih bersemangat untuk meningkatkan tahap kegilaannya itu. Apatah lagi ada pihak TV yang sanggup menjemput beliau dalam program memasak dan program bual bicara. Apa asas yang digunakan untuk menjemput Rani Kulup dalam program sebegitu penting sedangkan mereka yang lebih berkelayakan masih ramai tidak mendapat tempat. Mungkin tidak sukar ditelah kenapa ini berlaku adalah kerana rakyat dapat melihat betapa mereka sama-sama menumpang mandi di kolam publisiti.
7. Cuba bayangkan dengan pendapatan RM1500 sebulan bekas pesara tentera ini mampu menyara 2 orang isteri dan 9 orang anak. Apakah gelaran 'Ayahanda' itu mampu mengalirkan pendapatan tambahan? Sudah pasti tidak. Entahlah mungkin ada perniagaan lain yang diceburinya dan upah sebagai tukang lapor di balai polis juga dapat menjana punca rezeki beliau. Sekadar pengetahuan, sudah lebih 1000 laporan polis telah dibuat dan ada rekod laporan polis yang dibuatnya mencecah hingga 13 repot sehari.
8. Dengan berpakaian pelik, jam dipakai di kedua belah tangan, baju ala tentera dengan beret merah, spek mata hitam, cincin batu permata besar dan tongkat azimat serta seluar singkat itu sudah cukup untuk rakyat menghakimi jenis manusia yang kita sedang tonton di khalayak ramai tanpa rasa malu dan segan.
9. Negara sebenarnya sedang dilanda demam 'Rani Kulup' kerana fenomena beliau sudah menjangkiti pemimpin-pemimpin tertinggi negara dan juga ketua-ketua agensi kerajaan. Ungkapan-ungkapan ala 'Rani Kulup' seakan sinonim dengan kenyataan-kenyataan yang terpacul dari mulut mereka. Kata-kata , "Fitnah dan berniat jahat", "ekonomi negara berada di landasan yang betul", "Ekonomi negara kukuh" dan berbagai lagi kenyataan yang ternyata tidak lebih dari sampah sarap yang sengaja disepah-sepahkan untuk mengelirukan rakyat memilih antara sampah dan barang berguna, Pemimpin-pemimpin politik seperti Ahmad Maslan, Hasan Malek, Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Che Gu Bard, Zamil Ibrahim menambah warna warni serta rempah ratus 'mental blok' sedia ada.
10. Apakah ini halatuju yang cuba dibawa oleh pemimpin utama negara untuk mencapai Wawasan 2020 dan negara maju? Arwah Dato' Fadzil Noor pernah ditanya apakah halatuju negara ketika itu? Jawabnya "tidak tentu hala". Itulah yang sedang berlaku dalam negara sehingga negara sedang menjadi pentas jenaka negara luar dan tidak mustahil akan dinobatkan sebagai 'Negara Badut Infiniti" sebagai penghormatan.
KIPIDAP, DONGIBAP, KENA BABAP dan AHMAD ALBAB.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment