PENUBUHAN MALAYSIA - TUNKU ABDUL RAHMAN
Salam,
1. Yusof Harun dalam bukunya 'Idealisme Dalam Kenangan' bab 17 dengan judul Penubuhan Malaysia menulis, "Pada 27 Mei, ketika berucap dalam satu majlis meraikan Foreign Correspondents' Association of Southeast Asia di Singapura, Tunku dengan secara terbuka membuat pengakuan bahawa Persekutuan Tanah melayu tidak mampu untuk wujud secara bersendirian. Tunku seterusnya mencadangkan agar Tanah melayu, Singapura, Borneo utara (Sabah), Brunei dan Sarawak disatukan dalam satu gagasan politik yang dinamakan Malaysia".
2. Ada beberapa hal yang menarik untuk dikupas daripada apa yang disebut oleh Tunku berhubung perkara ini.
i) Pertamanya apa yang dapat dilihat di situ adalah keikhlasan Tunku dengan berjiwa besar mengakui bahawa Tanah Melayu tanpa Singapura, Borneo utara (Sabah), Brunei dan Sarawak maka Tanah Melayu akan berdepan situasi sukar untuk kelangsungan sesebuah negara.
ii) Tunku mempunyai visi yang ternyata jauh dan mampu meneropong ke hadapan tentang betapa pentingnya Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia sekiranya Parti Perikatan yang kini disebut BN untuk meneruskan hayatnya tanpa berselindung sepertimana dilakukan pemimpin yang ada sekarang yang begitu gelojoh untuk mendapat dokongan Sabah dan Sarawak tetapi menggunakan bahasa berbasa-basi. Tanpa sabah dan Sarawak, secara jujur BN tidak lagi menjadi sebuah kerajaan yang sah seperti sekarang. Penganalisis politik dari mana sekalipun jika tidak disumbat 'dedak' pasti akan mengakui kenyataan ini.
iii) 'Pejuang-pejuang' yang kononnya atas nama semangat Melayu ingin mempertahankan nama bumi Tanah Melayu juga wajar berfikir dua atau tiga kali ke arah itu kerana jika mahu disebut Tanah Melayu maka dari segi sejarahnya harus tidak merangkumi Sabah dan Sarawak. Nama Malaysia yang digunakan sejak penubuhan Malaysia itu sudah termaktub dalam perlembagaan dan ia turut merangkumi dua negeri di Malaysia Timur itu. Cetek laut dan sungai sudah dibimbangi, cetek pemikiran buruk padahnya.
iv) Jika dulunya alasan digunakan Tunku untuk penyatuan ini disebabkan untuk melemahkan strategi Parti Komunis Malaya (PKM) maka sekarang penyatuan ini sewajarnya mempunyai asas keselamatan yang setanding dengan ancaman komunis serta tidak lagi mengulangi ancaman dan ugutan yang lebih bersifat politik seperti 'rasisme', isu-isu etnik, bangsa dan agama serta peminggiran dalam semua cabang kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik bagi memperlihatkan keadilan dan keikhlasan bekerjasama.
v) Akhir sekali apabila kita sudah berjaya disatukan dalam sebuah negara yang kita semua sayangi, hargailah hubungan baik sedia ada antara semua rakyat tanpa mengira etnik, bangsa, agama, jantina, umur dan demografi. Hargailah situasi jernih sebelum keruh dan hindarilah sebarang usaha menjahanamkan negara samada oleh rakyat dan juga pemimpin. Jika ternyata bersalah, adililah mereka tanpa mengira status sosial seseorang demi bangsa, agama, tanahair dan generasi akan datang. Sebarang persekongkolan melindungi jenayah apa sekalipun termasuk jenayah harta benda, tubuh badan dan penyelewengan wang negara WAJIB diambil tindakan menghentikan jika kita benar-benar cintakan Malaysia.
3. Sebenarnya banyak perkara yang dapat direnung dan difikirkan atas setiap kata-kata dan tindakan pemimpin terdahulu jika kita ikhlas untuk menjadikan bumi Malaysia ini bumi yang aman, makmur dan sejahtera. Jangan hanya keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan itu hanya meleleh dari mulut tetapi dalam fikiran dan hati umpama telunjuk lurus, kelingking berkait.
Wallahualam

Comments
Post a Comment