PINDAH
Salam,
1. Kisah yang berlaku ketika ini dalam negara berhubung isu-isu seperti 1MDB, Lembaga Tabung Haji, Isu didedahkan Ahmad Said tentang bagaimana Terengganu Investment Agency (TIA) dan bermacam lagi yang sudah dan belum lagi terbongkar sama seperti kisah lucu yang didatangkan dari Korea. Kaedah menyelesaikan masalah dalam negara sama dengan kisah ini.
2. Di Korea di sebuah tempat tinggal seorang menteri yang kebetulan berjiran dengan tukang kayu di sebelah kanan dan tukang besi di sebelah kiri. Setiap hari siang dan malam mereka asyik ketuk besi dan gergaji kayu hingga menyebabkan menteri itu tidak senang hidupnya.
3. Setelah menteri itu benar-benar tertekan, dia memanggil kedua-dua jirannya itu untuk berpindah. Selang sehari datang tukang besi memberitahu bahawa ia bersetuju untuk berpindah dan hari yang sama juga tukang kayu memberitahu menteri itu dia juga sanggup berpindah.
4. Menteri tersebut merasakan dia memang hebat kerana sekali bagi amaran saja kedua-dua jirannya sudah bersetuju untuk pindah dan dia merasa amat lega. Tetapi, tidak sampai berapa jam dari masa jirannya pulang, masih kedengaran bunyi besi di ketuk dan kayu digergaji. Menteri itu meminta pembantunya pergi menyiasat di mana datangnya bunyi-bunyi itu.
5. Hasil siasatan mendapati, tukang kayu berpindah ke rumah tukang besi dan tukang besi berpindah ke rumah tukang kayu. Menteri akhirnya membuat keputusan untuk berpindah dari situ.
Sekian repot polis saya
WAL KULUPI AL REPOTPOLISI
Comments
Post a Comment