WANG KELIAN - ALASAN PINTU PEMBOHONGAN
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــم
1. Insiden penemuan
139 kubur dan 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung
Wai di Kuala Perlis sehingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, sepanjang 11
kilometer seperti didedahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
pada sidang media 25 Mei 2015 bertempat di Markas Taktikal Pasukan Gerak
Am (PGA) di kawasan tersebut merupakan tragedi yang bukan
saja menyedihkan, malah menconteng arang terhadap negara khususnya pasukan
keselamatan. Tidak cukup dengan insiden pencerobohan pengikut Jamalul
Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat
di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari 2013 bagi merampas kembali
wilayah mereka di pantai timur Sabah, kini bumi Malaysia sekali digegarkan
dengan ledakan arang yang menconteng arang di setiap wajah rakyat negara
ini. Apa lagi perkataan sesuai digunakan dalam konteks keselamatan selain
daripada ‘longgar’?
2. Menurut sumber Utusan Malaysia 28 Mei 2015, kem tersebut hanya terdedah apabila pihak PGA menahan sejumlah lebih 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh awal tahun ini di kawasan terbabit. Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati air sungai yang mengalir di bahagian kaki bukit keruh selain bersabun. Tambah sumber sama, “Maka sebab itu, kita yakin ada aktiviti di atas bukit tersebut lalu mengumpul maklumat risikan seterusnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pasukan komando VAT 69 menggempur lokasi berkenaan. Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita membiarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya,”. Persoalan yang berlegar di fikiran rakyat negara ini seperti kami adalah, setelah diketahui lokasi dan situasi kem dan kubur tersebut, apakah langkah yang telah diambil oleh pasukan keselamatan dan agensi terlibat untuk mengelakkan banyak jiwa pelarian Rohingya dan Bagladesh terkorban dan terus didera sehinggalah 2 minggu sebelum 25 Mei 2015? Jika atas alasan untuk membongkar sindiket, kesemua PATI dan ahli sindiket telah berjaya melarikan diri dan yang tinggal hanya mayat-mayat yang dikuburkan dan tak mampu lagi melarikan diri serta kubur-kubur berserakan? Kenapa hanya setelah pihak Thailand bertindak menangkap dan mengheret satu persatu dalang yang terlibat di sebelah Thailand barulah pihak kita mula memasuki kawasan tersebut secara ofensif? Disamping itu, kenyataan sumber yang mengatakan “Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita membiarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya,” seolah-olah negara sudah kehilangan badan intelijen.
2. Menurut sumber Utusan Malaysia 28 Mei 2015, kem tersebut hanya terdedah apabila pihak PGA menahan sejumlah lebih 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh awal tahun ini di kawasan terbabit. Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati air sungai yang mengalir di bahagian kaki bukit keruh selain bersabun. Tambah sumber sama, “Maka sebab itu, kita yakin ada aktiviti di atas bukit tersebut lalu mengumpul maklumat risikan seterusnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pasukan komando VAT 69 menggempur lokasi berkenaan. Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita membiarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya,”. Persoalan yang berlegar di fikiran rakyat negara ini seperti kami adalah, setelah diketahui lokasi dan situasi kem dan kubur tersebut, apakah langkah yang telah diambil oleh pasukan keselamatan dan agensi terlibat untuk mengelakkan banyak jiwa pelarian Rohingya dan Bagladesh terkorban dan terus didera sehinggalah 2 minggu sebelum 25 Mei 2015? Jika atas alasan untuk membongkar sindiket, kesemua PATI dan ahli sindiket telah berjaya melarikan diri dan yang tinggal hanya mayat-mayat yang dikuburkan dan tak mampu lagi melarikan diri serta kubur-kubur berserakan? Kenapa hanya setelah pihak Thailand bertindak menangkap dan mengheret satu persatu dalang yang terlibat di sebelah Thailand barulah pihak kita mula memasuki kawasan tersebut secara ofensif? Disamping itu, kenyataan sumber yang mengatakan “Kalau kita mempunyai maklumat risikan sejak awal berhubung wujudnya aktiviti di atas bukit itu, adalah mustahil untuk kita membiarkan sahaja ia berlaku bertahun-tahun lamanya,” seolah-olah negara sudah kehilangan badan intelijen.
3. Daripada
pengamatan rakyat, apa yang sedang berlaku ketika ini adalah, tindakan tuding
menuding jari antara satu agensi dengan agensi yang lain seperti yang
dilaporkan di media-media cetak dan siber begitu jelas. Ketua Pengarah
Perhutanan Datuk Abdul Rahman Abdul Rahim dalam kenyataannya kepada wartawan
Berita Harian halaman 10 diterbitkan pada hari ini (28 Mei 15), berkata
"Beri kami pistol, beri kami alat dan segala kelengkapan biar kami pula
jaga sempadan hutan negara jika pihak yang bertanggungjawab tidak mampu
laksanakan tugas mereka" setelah beliau merasa Jabatan Perhutanan menjadi
kambing hitam dalam isu ini”. Apakah ini gambaran bahawa wujudnya percubaan
mengkambing hitamkan pihak-pihak tertentu dalam isu ini? Kenyataan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disiarkan dalam TV3 malam ini (28 Mei
2015) tepat sekali supaya jika pihak Jabatan Perhutanan merasakan perlu
memiliki senjatapi, maka mereka seharusnya membuat permohonan terus kepada
pihak polis tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Tambahan lagi, Jabatan
Perhutanan juga boleh meminta bantuan pihak polis untuk tujuan bantuan
keselamatan setiap kali mereka memerlukan perlindungan keselamatan oleh PDRM.
4. Dalam
perkembangan sama, Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis pula dalam sidang media
awal pada 26 Mei 2015 berhubung perkara ini yang disiarkan dalam Buletin Utama
TV3 berkata, "Mereka telah mengetahui perkara ini sejak Januari tahun ini
dan telah ke lokasi berkenaan bersama-sama pihak polis, namun tidak membuat
rondaan sebelum ini kerana ia berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis
Keselamatan Negara (MKN)". Apakah ada pembahagian tugas sedemikian antara
MKN dan agensi-agensi terlibat sedangkan MKN sendiri hanya mempunyai beberapa
pegawai dan staf sokongan sahaja di setiap negeri?. Sayugia, fungsi MKN lebih
kepada menyelaraskan mesyuarat-mesyuarat berkaitan keselamatan,logistik di
sempadan dan bersifat administratif. Dalam soal ini, rakyat beranggapan ia
percubaan untuk lepas tangan daripada berusaha mencari penyelesaian dan
mengambil tanggungjawab bersama.
5. Lebih
malang apabila ada alasan yang dikemukakan oleh pihak keselamatan semasa sidang
media kenapa tidak dibuat rondaan keselamatan di kawasan itu, alasannya adalah
kerana “kawasan tersebut agak curam dan merbahaya. Sindiket juga memilih
kawasan tersebut kerana percaya pihak keselamatan tidak akan sampai ke kawasan
tersebut.” Jika alasan inilah yang diguna pakai, ianya merupakan sesuatu yang agak
memilukan buat rakyat negara ini untuk melihat keselamatan rakyat sentiasa
berada dalam keadaan terjamin selamat. Apakah ketika negara berdepan ancaman
komunis termasuk ‘Darurat’, alasan sama boleh digunakan menjustifikasikan
tindakan untuk tidak meronda kawasan dan menjalankan risikan keselamatan kerana
keadaan curam dan berbukit bukau serta merbahaya di perbatasan dan wilayah
negara ini? Jika di kawasan berbukit bukau, curam dan cerun yang tajam
menjadi alasan, maka di kawasan lautan apakah alasan tidak boleh dijalankan
rondaan kerana lautan terlalu dalam dan luas serta ombak terlalu besar pula
bakal dijadikan alasan? Sun Tzu dalam bukunya ‘The Art of War’ bab kesepuluh
menyebut dengan jelas tentang perlunya mengkaji soal ‘Terrain’ (Situational
Positioning) dalam membuat perancangan strategi peperangan. Mengawal dan
menjaga keselamatan negara khususnya di sempadan pastinya sebahagian daripada
taktik dan strategi negara dalam aspek pertahanan negara. Apakah kita tidak
mengambil kira soal kecerunan bukit bukau dan mukabumi?
6. Apakah
laporan Utusan Online 28 Mei 2015 berhubung "sindiket pemerdagangan
manusia disyaki dari Thailand yang beroperasi di puncak Bukit Wang Burma di
sini, dilengkapi senjata api selain turut menempatkan beberapa penembak tepat
di lokasi tertentu di dalam hutan bagi memerhatikan kedatangan pihak berkuasa
dari negara ini" menyebabkan kita takut untuk bertindak? (http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/kem-pemerdagangan-guna-pengawal-penembak-tepat-1.96659).
Jika kita mengimbau kembali perjuangan pasukan keselamatan ketika membanteras
kegiatan pengganas komunis daripada Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu tidak mempunyai
penembak tepat? Bagaimana pula dengan anggota tentera kita yang bertugas di
Mogadishu, Somalia, Bosnia Herzegovina, Sudan dan lain-lain misi PBB tidak
berdepan masalah penembak tepat? Jika Ops Daulat dalam memerangi puak
pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu memaksa kita menggunakan jet pejuang
mengebom sasaran pengganas, apakah di kawasan ini dengan hanya penembak tepat
kita tidak mampu berdepan mereka? Dengan kecekapan VAT69 dan Pasukan Gerak Khas
ATM, sudah pasti mereka akan tersungkur.
7. Lokasi
'penjara' di kawasan tersebut seperti dilaporkan media hari ini (28 Mei 2015) bahawa
kawasan itu menempatkan antara 800 hingga 1,000 pelarian Rohingya dan
Bangladesh seolah-olah ianya sebuah mini stadium. Dengan jumlah begitu ramai,
apakah kita masih tidak mampu mengesan kegiatan sindiket ini? Bagaimana kita
mampu mengesan kegiatan teroris yang jauh lebih terlatih dan bergerak secara
sulit dan jumlah yang kecil jika situasi seperti ditempat ini pun tidak mampu
dikesan? Dengan jarak hanya lebih kurang 400 meter dari Wilayah Satun, apakah
ia harus terbiar tanpa kawalan atas alasan cerun yang curam?
8. Harian
Metro hari ini (28 Mei 2015) juga melaporkan bahawa penduduk setempat sering
didatangi warga asing yang dilihat berpakaian lusuh dan kelihatan seperti
kelaparan datang mengetuk pintu meminta makanan. Apakah penduduk tempatan di
sini tidak bercakap dan tidak memberitahu sesiapa? Mereka tinggal di tepi jalan
termasuk wanita yang berniaga nasi lemak pastinya menjual di tepi jalan bukan
berniaga dalam hutan yang mendakwa di datangi warga asing meminta makanan. Jika
makcik, nenek kebayan boleh tahu, apakah pihak keselamatan dengan Sekatan Jalan
raya (SJR) UPP yang ada di kawasan tersebut tidak tahu? Apakah dengan unit
risik UPP yang ada dibantu badan intelijen di negara ini masih tidak mampu
mengesan maklumat-maklumat berhubung kegiatan sindiket ini? Untuk rekod, keluasan
Kampung Wang kelian lebih kurang 355 ekar dengan penduduk lebih kurang 300
orang dan 55 buah rumah (Jurnal
Warisan Indera Kayangan Bil 13 – 2001)
9. Dalam
reaksinya berhubung insiden ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) telah menahan lapan anggota polis manakala empat lagi polis ditahan
agensi itu sendiri. "Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit
secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan
itu untuk masuk ke Malaysia. "Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit
Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan
Am (PGA). Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada
bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan," katanya
pada sidang media di Bangunan Parlimen. Jika bekas penyeludup mendedahkan
kepada Harian Metro hari ini (28 Mei 2015) bahawa setiap trip beliau dibayar
RM1,000, berapakah pula upah 'tutup mulut dan tutup mata' penguatkuasa? Itu
persoalan bermain di minda rakyat sekarang ini.
10. Soal kehadiran warga asing di dalam wilayah
kita bukan soal remeh apatah lagi dalam jumlahnya yang begitu besar. Sejarah
kedatangan pelarian Vietnam ke negara ini mulai 1978 hingga 1991 mencatatkan
sejuta pengalaman dan pengajaran untuk dijadikan iktibar. Itu belum mengambil
kira soal-soal yang jauh lebih sensitif seperti penyusupan elemen-elemen
intelijen luar ataupun 5th column daripada negara yang mensasarkan
Malaysia sebagai sasaran pengintipan. Tidak ada yang mustahil dalam dunia tanpa
sempadan yang semakin kompleks seperti sekarang. Air tenang jangan disangka
tiada buaya, bukit, gunung dan ganang yang sunyi sepi jangan dianggap tiada
penghuni.
11. Nampaknya
pendekatan kita dalam menangani isu-isu penting khususnya keselamatan telah
dibayangi oleh tugas Jabatan Bomba iaitu setelah terbakar barulah diambil
tindakan bukannya tindakan proaktif untuk mencegah sebelum berlaku. Akhirnya, Kambing
hitam menjadi terlalu laris hingga tidak sempat diternak malah terpaksa
mengecat kambing putih untuk dihitamkan.
12. Sudah
sampai masanya tindakan drastik diambil seperti kata Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam sidang akhbar selepas perasmian Hari
Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015 (2 hari
sebelum IGP membuat sidang akhbar berkaitan penemuan kem dan kubur Rohingya dan
Bangladesh di Wang Kelian), bahawa Kira-kira 5,000 kakitangan awam
berjawatan tetap yang ‘makan gaji buta’ kini berada dalam radar Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) untuk ditamatkan perkhidmatan jika tidak berubah selepas diberi
tempoh enam bulan (Utusan Online 24 Mei 2015). Semakin lama disimpan anai-anai,
semakin cepat rakyat dan negara akan jatuh ditimpa kayu-kayu reput angkara
perbuatan musuh-musuh dalam selimut ini.
13. Tindakan Jabatan Imigresen Malaysia bertindak membatalkan Zon Aliran Bebas (Free Flow) di Wang Kelian sejak awal Mac tahun ini sememangnya tepat pada masanya walaupun mendapat bantahan daripada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. Soal keselamatan bukan soal seringgit dua. Nilainya tidak dapat dibandingkan dengan harga 'sebuah kapal selam atau sebuah jet'. Tidak pernah berlaku tangkapan dan penahanan tidak bermakna kegiatan penyeludupan dan jenayah tidak berlaku. Ia tidak tercatat dalam rekod tetapi berlaku dalam dunia realiti. Puncanya sudah pastilah wujudnya transaksi 'kopi' dan 'teh' di kawasan tersebut.
14.
Sebagai pemimpin, populariti bukan matlamat yang harus dijadikan sasaran.
Membuat keputusan adalah peranan pemimpin dan semestinya tidak semua keputusan
kita dapat memuaskan hati semua pihak terutamanya pegawai dan staf bawahan
kerana sebahagian besar tidak suka ditegur walaupun melakukan kesalahan. Jika kita
memilih untuk popular, menjadi ketua bukan pilihannya. Populariti lebih luas
peluangnya dalam bidang hiburan maka di sanalah tempatnya bagi pemimpin yang
ingin popular. Nabi Muhammad saw sejak dulu sehingga kini, populariti baginda
bukan kerana baginda tidak marah, tetapi baginda popular kerana jujur dan
amanah. Jika sahabat-sahabat baginda tidak jujur dan amanah, cuai dan tidak
bertanggungjawab, baginda juga marah.
15. Pernah
berlaku satu peristiwa dimana tiga orang sahabat tidak menyertai tentera
Muslimin ke Tabuk dan ketiga-tiga mereka dihukum kerana kegagalan tersebut.
Mereka adalah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah
bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman
tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Manakala Hilal bin Umayyah
pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah
sekian lama meninggalkan kota itu dan Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang
menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur,
unta-untanya beranak-pinak.
16. Ketika disoal oleh Nabi Muhammad saw alasan mereka gagal untuk menyertai baginda ke medan perang, mereka dengan jujur mengaku tidak ada alasan untuk diberikan walaupun masih berpeluang untuk menipu yang membawa kepada ketiga-tiganya dihukum untuk dipulau dalam tempoh tertentu. Berulang kali mereka cuba untuk mendekati baginda tetapi tidak dilayan kerana kegagalan menyertai Perang Tabuk. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah.
16. Ketika disoal oleh Nabi Muhammad saw alasan mereka gagal untuk menyertai baginda ke medan perang, mereka dengan jujur mengaku tidak ada alasan untuk diberikan walaupun masih berpeluang untuk menipu yang membawa kepada ketiga-tiganya dihukum untuk dipulau dalam tempoh tertentu. Berulang kali mereka cuba untuk mendekati baginda tetapi tidak dilayan kerana kegagalan menyertai Perang Tabuk. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah.
17. Moralnya di sini, setiap yang melakukan
kesalahan, wajib diambil tindakan bagi menjadi pengajaran kepada yang lain agar
tidak mengulangi kesilapan sama. Bagi yang diambil tindakan pula, mereka harus
bersikap seperti Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.
Itulah harga yang perlu dibayar atas kegagalan yang telah mereka lakukan. Harus
diingat, dalam soal keselamatan, sebarang kesilapan akan mengakibatkan musibahnya
bukan saja kepada pelaku kesilapan, bahkan akan turut melibatkan keluarga dan
tanggungan mangsa akibat kesilapan tersebut. Peristiwa pencerobohan pengganas
di Lahad Datu, Sabah, Peristiwa Al-Maunah dan lain-lain menyebabkan yang
meninggal dunia sudahpun meninggal dunia, yang cedera sudahpun berparut, yang
bersuami menjadi janda, yang berbapa menjadi anak yatim dan lebih malang jika
ibunya sudah meninggal dunia maka jadilah kanak-kanak itu yatim piatu. Jangan lagi
kita hidup dalam ilusi atau imaginasi jika kita tidak mahu musibah silih
berganti.
18. Sekali
lagi ingin diulangi bahawa “alasan adalah pintu pembohongan”. Setiap kali kita
ingin masuk ke sesuatu tempat, pastinya kita akan membuka pintu, begitu juga
dengan berbohong pastinya kita akan memberi alasan untuk membuka pintu
pembohongan.
19. Menegur
dan mengkritik itulah tanda rakyat masih mengambil berat terhadap tingkah laku
kita dan semoga ia menjadi wadah bagi mengukuhkan lagi hubungan pemimpin,
agensi kerajaan dan juga rakyat.
Wallahualam
~sani_ahmad~
Comments
Post a Comment