SATU-SATUNYA NYAWA YANG ADA ADALAH PROPAGANDA
Sana-sini berkumandang buah fikiran, sikap dan pendirian yang terbelah-belah samada mahu BN ditumbangkan atau kedengaran juga usaha untuk terus mempertahankan parti yang sudah puluhan tahun bernafas lega sejak bergelar Parti Perikatan.
Jika mengambil kira kejerihan rakyat yang majoritinya mahu hayat BN berakhir seberapa segera lantaran dasar-dasar diamalkan didakwa jauh menyimpang daripada sebuah parti pemerintah yang mendahulukan rakyat.
Jika benar rakyat keseluruhannya mahu BN diberi ultimatum undur atau terima kesan lebih buruk selepas tewas pilihanraya, maka segala usaha harus ditumpukan kepada usaha-usaha mencapainya. Matlamat utama harus diberi keutamaan bukan lagi mengungkit kisah lama yang hanya akan meretak-belahkan kerjasama pakatan pembangkang untuk mencipta sejarah tamatnya riwayat BN sebagai parti pemerintah.
Namun hakikatnya, terlalu banyak batu api yang menjalankan kerja-kerja memecah-belahkan kerjasama ini yang dilihat ancaman besar kepada BN. Betapa besar sekalipun harga terpaksa dibayar sudah pasti ada kesanggupan untuk membayarnya kerana harga menanti selepas tumbang jauh lebih besar dari yang ditawarkan kepada ikan-ikan duri makan tahi.
Jika Anwar yang menerima begitu banyak kesan langsung setelah dipecat pada tahun 1998 pun dengan besar hati menerima huluran tangan Tun Mahathir, kenapa kita yang hanya sebagai pendokong kelihatan begitu sukar berganjak?
Bayangkan Najib dan UMNO saban waktu melanyak PAS siang dan malam sejak puluhan tahun pun sanggup mengenepikan kepentingan UMNO dan BN hanya untuk kelangsungan hayat mereka, kenapa kita yang mendakwa sebagai penentang BN dan UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM? Sekiranya itu saja jalan yang ada untuk mengakhiri hayat BN dan UMNO, kenapa tidak dibuang jauh-jauh emosi, egoisme dan segala istilah negatif yang merencatkan usaha mencapai matlamat sebenar?
Jangan hanya mulut dan tangan bergawang mengatakan 'kami menentang UMNO dan BN" tetapi hati dan kerja-kerja subahat dan 'kongkalikong' giat bergerak hanya untuk mengekalkan kuasa BN dan pemimpin-pemimpinnya.
Alasan-alasan bahawa sejarah kezaliman Tun Mahathir tidak mudah dimaafkan harus dilihat secara holistik. Jika kita bekerja dalam organisasi samada awam atau swasta juga akan kita sedari bahawa bukan semua gerak-tindak organisasi datangnya dari orang nombor satu. Kebanyakannya datang dari pemimpin di bawahnya serta kelas pertengahan dan bawahan. Malah bagi yang kuat membodeklah paling banyak melakukan kerja-kerja jahat ini. Sebaik tindakan selesai dijalankan maka akan ditaklimatkan kepada pemimpin besar saya atau kami telah lakukan ini demi mempertahankan pemimpin agung.
Apakah mereka sekarang dalam BN dan UMNO boleh menafikan tidak ada langsung sentuhan mereka terhadap apa yang didakwa kezaliman Mahathir ketika itu? Bukankah mereka juga sebahagian dari laskar dan juak-juak BN dan UMNO yang mengganyang rakyat dan musuh-musuh politik BN dan UMNO? Untuk menuding jari terhadap Mahathir seorang adalah semudah meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri.
Jangan sesekali lupa siapa pemimpin-pemimpin yang mempertahankan tindakan UMNO dan BN ketika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Siapa Pak Lah, Najib, Nazri Aziz, Salleh Keruak, Zahid Hamidi dan seluruh penyerang Tun Mahathir ketika ini ketika zaman Tun berkuasa dahulu?
Jangan begitu mudah diumpan najis dan cacing untuk menghancurkan impian pakatan pembangkang dan rakyat menerajui Putrajaya sekalipgus membongkar segala misteri yang selama ini tertutup rapat.
Orang-orang yang mempertahankan Najib, BN dan UMNO inilah juga yang akan menyerang BN dan UMNO apabila pemimpin dan parti ini tersungkur di hadapan istana keadilan nanti. Peluang untuk membuktikan dakwaan pakatan pembangkang dan rakyat yang mahukan keadilan dan kebenaran tidak datang berulang kali. Jangan biarkan mereka terus menjerit itu semua fitnah pembangkang dan campurtangan asing kerana apabila sudah tumbang, kebenaran akan bangkit berdiri tanpa segan silu. Satu-satunya nyawa yang ada pada BN dan UMNO di saat getir seperti sekarang adalah PROPAGANDA.
Fikir-fikirkan!

Comments
Post a Comment