LAIN DULU LAIN SEKARANG



Zaman sekarang amat sukar mencari menteri dan pemimpin seperti ketika Perdana Menterinya Tun Razak dan Tun Mahathir.

Di zaman itu ada Tun Dr Ismail, TS Ghazali Shafie, TS Sanusi Junid, TS Rafidah Aziz, Tun Daim dan beberapa orang lagi yang hebat.

TS Sanusi walaupun dikritik kerana idea tanam padi atas bumbung dan kempen minum air kelapa muda tapi akhirnya membuahkan hasil. Sekarang nak minum air kelapa (Utara panggil ayaq nyoq) paling murah RM3. Di hotel-hotel dan pusat peranginan lagi mahal. Ramai dapat rezeki hasil kelapa muda walaupun beruk dah hilang pekerjaan. Muzium padi idea beliau sampai sekarang jadi lokasi lawatan pelancong. Analogi-analogi beliau cukup membekas di minda kita.

Tun Dr Ismail ketika menjadi menteri dan TPM pandangan beliau jarang sangat ditolak oleh Tun Razak. Walaupun beliau begitu tegas dan serius, kalangan wartawan menanti-nanti untuk mendengar apa yang disebut kerana semuanya punya nilai berita. TS Ghazali Shafie cukup terkenal bukan saja di dalam negara tetapi juga di luar negara kerana hebatnya dia dalam misi diplomatik. Kementerian Luar di zaman beliau cukup dihormati. Apatah lagi selepas beliau terlibat kemalangan helikopter dan hanya beliau terselamat dengan pelbagai spekulasi.

TS rafidah Aziz begitu cemerlang hingga dipanggil wanita besi dan cukup hebat sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan petah berucap di platform antarabangsa. Tun Daim pula menguruskan kewangan ketika negara dilanda krisis kewangan yang serius bersama Tun M.

Barisan menteri tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan akhbar dan amat jarang sekali berlaku flip flop sepertimana sekarang.

Kenapa?

Comments

Popular Posts