ALASAN BODOH DATANG UNTUK MEMPERBODOH
Sebenarnya isu 1MDB dan mencuri wang negara ni tak susah nak diselesaikan. Bolehkah kita menjawab dalam mahkamah bila hakim kata kamu didakwa mencuri wang contohnya RM2.6B dan dijawab orang lain curi tak apa pun. Mamat tu curi lagi banyak, dia lagi teruk siap terlibat FOREX, skandal kewangan itu ini? Hakim akan terima hujah ini?
Yang sepatutnya bila hakim kata begitu kita buktikan;
1) Samada wang itu ada atau tidak;
2) Jika ada buktikan wang itu dari mana;
3) Buktikan jika ada sesiapa yang memberi dan panggil orang itu buat pengakuan sebagai saksi;
4) Tangkis semua tuduhan dengan fakta bukan penafian;
5) Keterangan mesti konsisten jangan 10 kali cakap 10 perkara berbeza. Jika hakim Augustine Paul lama dah dia kata "TAK RELEVAN".
6. Panggil semua saksi termasuk yang dituduh seperti Jho Low, Riza Aziz, kakitangan syarikat yang jadi sasaran tuduhan mencuri.
Ini tidak, bila hakim kata kamu mencuri! Dibalas, orang lain ramai lagi mencuri. Yang tuduh saya pun pencuri jugak! Berapa ramai pencuri dan perogol didakwa di mahkamah tapi sejahat-jahat dan sebodoh-bodoh mereka tak diguna alasan ramai lagi orang lain mencuri atau ramai lagi yang merogol.
Peguam yang membela pun tak menggunakan hujah orang lain curi tak kena tangkap pasai apa anak guam saya kena tangkap. Peguam dan tertuduh sedaya usaha akan guna kepakaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah dengan alibi-alibi yang boleh diterima pakai mahkamah.
Jika kita merujuk kepada seksyen 101 Akta Keterangan
menyebut ;
BEBAN BUKTI
Beban bukti bermaksud tanggungan membuktikan sesuatu fakta.Seksyen 101 Akta Keterangan,1950 (disemak 1971) memperuntukkan seperti berikut :
Sesiapa yang ingin mana-mana mahkamah memberikan keputusan tentang apa-apa hak atau tanggungan undang-undang,bergantung pada kewujudan fakta yang dituntutnya.Seseorang itu hendaklah menunjukkan fakta tersebut wujud.
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan wujudnya sesuatu fakta,ini adalah dimaksudkan bahawa beban bukti adalah dibawah tanggungan orang tersebut.
RUMUSAN
Dalam kes 1MDB sekarang masing-masing cuba mempertahankan pihak yang mencuri dengan pelbagai alasan lucu dan jelas cuba memperbodohkan rakyat. Pencuri cuma perlu mendiamkan diri dan membiarkan Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Mat Jenin, lembu, keldai, Unta, ungka, siamang dan jebon-jebon menggelupur hingga memercikkan air liur dan tahi gigi masam kepada media dan masyarakat.
Ini kes yang patut dibawa ke mahkamah bukan kes tuntut fasakh atau khalwat yang hanya melibatkan individu dan bukan kemaslahatan rakyat. Jadi jawablah dengan berhemah dan berhikmah bukan seperti kanak-kanak berumur 9-10 tahun yang bergaduh menuduh kamu mencuri dan menjawab orang lain pun ramai lagi mencuri.
Yang mencuri tak ditangkap nasib dia baik tapi kamu tertangkap jawab saja mengenai kes melibatkan kamu. Hakim tak akan terima hujah mengenai orang lain sebab beban bukti letaknya pada kamu.
Kenapa perlu mengheret kes-kes lain sebagai alasan untuk membersihkan pencuri hanya disebabkan orang lain juga mencuri. Ia seolah-olah mengaku dia memang mencuri. Orang lain minum arak sejuta gelas tidak menghalalkan segelas arak yang kamu minum.
Orang tanya kamu minum apa kenapa jawab "baru lepas mandi?"
Comments
Post a Comment