HISHAM CABAR TUN M BERTANDING DI PEKAN - LEBIH LAJAK DARI LAJU NAMPAKNYA
Nampaknya lebih ramai Tuah dari Jebat demi mempertahankan 'Raja' berbanding rakyat. Silih berganti dan bertali arus muncul 'Tuah' memburu tuah kalau-kalau bertuah.
Kali ini muncul sepupu 'Raja' pula mempertahankan darah dagingnya. Bukan sesuatu yang pelik apabila sepupu mempertahankan sepupu kerana yang pelik sepupu menikam belakang sepupu. Tetapi berpada-padalah mencabar Tun M yang bukan sedikit jasanya pada rakyat dan paling banyak kepada Hisham dan sepupunya itu.
Mencabar Tun untuk bertanding di Pekan dalam PRU14 akan datang bukan sesuatu yang menggerunkan Tun kerana beliau pernah tewas dalam pilihan raya 1969 kepada calon PAS dan seterusnya dipecat daripada parti Umno oleh Perdana Menteri ketika itu YM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selepas surat tulisannya kepada PM itu menimbulkan kemarahan Tunku. Ini bukan soal kecil berbanding ajak-ajak ayam di Pekan.
Sebagai menteri yang belum pernah kelihatan 'jantan' dan berkarisma atau berwibawa dalam setiap jawatan digalas, hanya syukur yang 'wajib' Hisham lakukan. Dua peristiwa besar dan menarik perhatian umum termasuk pihak luar gagal dimanfaatkan beliau.
Insiden pertama adalah di Lahad Datu apabila sekumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Pada 11 Februari 2013, nelayan tempatan telah membuat laporan polis setelah mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh seramai lebihkurang 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.
Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri iaitu Hisham
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kenyataan Hisham ini dilaporkan secara meluas di semua media perdana. Persoalannya, mengapa Hisham dari awal menyatakan kumpulan yang bersenjata lengkap ini bukan kumpulan pengganas dan keadaan adalah terkawal? Sebagai Menteri Dalam Negeri apakah beliau disalah taklimatkan oleh pihak keselamatan khususnya agensi perisikan?
Kenapa Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan awal pada 16 Feb 2013 bahawa "Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan". Malah akhbar Sinar Harian 22 Mac 2013 menyebut, "Menteri (Hishamuddin) berkata dalam Twitternya, Lahad Datu ditawan oleh 180 orang tua dan wanita, berkain pelekat, senapang dah buruk, kurang zat makanan".
Kesudahannya berapa nyawa terkorban di kalangan pasukan keselamatan malah menjadi mangsa kekejaman pengganas Sulu tanpa belas kasihan menganiaya anggota pasukan keselamatan yang dibunuh.
Sebagai Ketua Pemuda Umno pada 16 April 2008, Hisham memohon maaf kepada orang Melayu dan bukan Melayu berhubung isu keris yang dihunusnya, dua tahun lalu. 'Flip flop' atau terlebih lajak dari laju? Alang-alang menyeluk pekasam biarlah habis setempayan dimakan Hisham.
Kali ini muncul sepupu 'Raja' pula mempertahankan darah dagingnya. Bukan sesuatu yang pelik apabila sepupu mempertahankan sepupu kerana yang pelik sepupu menikam belakang sepupu. Tetapi berpada-padalah mencabar Tun M yang bukan sedikit jasanya pada rakyat dan paling banyak kepada Hisham dan sepupunya itu.
Mencabar Tun untuk bertanding di Pekan dalam PRU14 akan datang bukan sesuatu yang menggerunkan Tun kerana beliau pernah tewas dalam pilihan raya 1969 kepada calon PAS dan seterusnya dipecat daripada parti Umno oleh Perdana Menteri ketika itu YM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selepas surat tulisannya kepada PM itu menimbulkan kemarahan Tunku. Ini bukan soal kecil berbanding ajak-ajak ayam di Pekan.
Sebagai menteri yang belum pernah kelihatan 'jantan' dan berkarisma atau berwibawa dalam setiap jawatan digalas, hanya syukur yang 'wajib' Hisham lakukan. Dua peristiwa besar dan menarik perhatian umum termasuk pihak luar gagal dimanfaatkan beliau.
Insiden pertama adalah di Lahad Datu apabila sekumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Pada 11 Februari 2013, nelayan tempatan telah membuat laporan polis setelah mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh seramai lebihkurang 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.
Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri iaitu Hisham
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kenyataan Hisham ini dilaporkan secara meluas di semua media perdana. Persoalannya, mengapa Hisham dari awal menyatakan kumpulan yang bersenjata lengkap ini bukan kumpulan pengganas dan keadaan adalah terkawal? Sebagai Menteri Dalam Negeri apakah beliau disalah taklimatkan oleh pihak keselamatan khususnya agensi perisikan?
Kenapa Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan awal pada 16 Feb 2013 bahawa "Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan". Malah akhbar Sinar Harian 22 Mac 2013 menyebut, "Menteri (Hishamuddin) berkata dalam Twitternya, Lahad Datu ditawan oleh 180 orang tua dan wanita, berkain pelekat, senapang dah buruk, kurang zat makanan".
Kesudahannya berapa nyawa terkorban di kalangan pasukan keselamatan malah menjadi mangsa kekejaman pengganas Sulu tanpa belas kasihan menganiaya anggota pasukan keselamatan yang dibunuh.
Selang setahun pula pada 8 Mac 2014 berlaku lagi insiden memalukan dan amat terkesan di kalangan rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa pesawat MAS MH370 yang hilang sehingga kini entah ke mana. Hisham bertindak sebagai pemangku menteri pengangkutan ketika itu yang bertanggungjawab mengesan pesawat malang itu. Berapa banyak wang rakyat yang telah hilang bersama pesawat tersebut tetapi hasilnya kini digalas pula oleh Liow Tiong Lai seperti badut sarkas dan apa natijahnya?
Ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan apa 'bekas tangan'nya yang boleh dibanggakan?

Pada November 2005 pula, kononnya tahanan warga Cina telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambar-gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri (Hisham) untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat dari kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrim MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Di mana letaknya air muka Hisham sebagai Menteri Dalam Negeri di mana PDRM di bawahnya gagal memberi nasihat yang tepat sehingga tergopoh-gapah meminta maaf sesuatu yang belum dibuktikan?
Moral dari keseluruhan apa dicoretkan adalah hanya pemimpin yang gagal saja melakukan semua ini belum termasuk banyak lagi sisi kelabu dan gelap yang memalukan seorang pemimpin.
Sehubungan dengan itu, wajar Hisham cermin diri jika tidak dengan cermin hikmat pun, cermin tandas sudah memadai sebelum mencemuh dan menghina Tun M.
Salam Isnin buat semua pembaca

Comments
Post a Comment