HIPOKRASI


Hipokrasi adalah sejenis penyakit paling sukar dirawat. Kesukaran itu berpunca daripada kegagalan untuk mengesan oleh mata kasar hatta menggunakan kaedah rawatan secanggih mana pun. Mereka yang mengidap penyakit ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan umpama kayu golek, belah mana curam maka ke sanalah ia bergolek. 

Pesakit ini jika direnung secara mendalam, mereka lebih hina dan jahat dari iblis kerana iblis itu jahat secara terang terangan ingkar kepada Allah swt tidak seperti manusia hipokrit ini di depan lain belakang lain. Iblis tidak hipokrit di hadapan Allah lain di depan malaikat lain dan depan makhluk lain pula lain. 

Golongan hipokrit ini berkenjah disekeliling kita hingga amat sulit untuk kita berurusan dengan manusia kerana yang hipokrit itu manusia bukan haiwan dan manusia lah paling banyak berurusan dengan kita. Dengan kesulitan mengenal mereka, maka semakin berisiko hidup kita. Hidup kita umpama dikejar iblis dan syaitan tanpa lelah dan pastinya yang lelah adalah kita sendiri. 

Malam ini jika kita menonton Buletin Utama TV3, terasa loya tekak dan mual bergelora dalam usus melihat pemimpin-pemimpin utama berucap. Dalam ucapan mereka meminta rakyat berjimat dan membantu mereka yang memerlukan sedangkan pada masa sama mereka dan kuncu-kuncu serta barisan pimpinan sendiri lah menjuarai bidang pemborosan dan penyonglapan khazanah rakyat dan negara. Mereka meminta rakyat membantu golongan memerlukan sedangkan mereka juga yang mengkhianati rakyat yang memerlukan dengan menindas secara langsung dan tidak langsung. 

Itulah hipokrasi dan bahana yang menimpa kita apabila berurusan dengan pesakit paling merbahaya di dunia ini. Untuk itu, berhati-hatilah dengan mereka tidak kira samada yang berjawatan macai mahupun pemimpin negara. Hidup biar berprinsip bak kata Che Guevara, “ lebih baik mati berdiri dari hidup melutut”

Comments

Popular Posts