DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
Malam tadi saya ada memetik kata-kata Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid mantan presiden Indonesia. Katanya "Tidak penting apapun agama dan suku mu. Kalau kamu bisa melakukan sesuatu yang baik untuk semua orang, Orang tidak pernah tanya apa agamamu".
Apa yang dapat saya rungkai dari kata-kata pemimpin Indonesia ini adalah, walaupun secara fizikalnya beliau kurang berupaya, daya fikirnya cukup tajam dan menyentuh sanubari siapa saja yang mendengar atau membacanya. Tambah menarik, beliau sangat terkenal sebagai humoris yang sangat luarbiasa.
Moralnya di sini, jangan sesekali kita melakukan kejahatan atau sesuatu yang buruk kerana manusia akan mengaitkannya dengan bangsa dan agama. Sebanyak mana kebaikan yang kamu lakukan tidak akan disebut samada kamu Melayu atau Muslim yang baik. Sebaliknya jika kegagalan, kesalahan dan perbuatan yang dianggap tidak baik akan terus dilabel kepada bangsa dan agama kamu.
Jika kamu menipu, maka akan diwar-warkan Melayu penipu atau Islam itu penipu. Jika kamu sering lewat secara pantas Melayu dianggap pemalas dan tidak menepati janji hingga disebut 'jam Melayu'. Jika kamu membunuh atau melakukan pembunhan sepantas petir ia dianggap militan atau pengganas muslim.
Cuba kita imbas sudah berapa ramai manusia yang dibunuh dan disiksa oleh bangsa lain dan penganut agama lain. Di zaman perang dunia kedua, tentera Jepun telah memancung begitu ramai tahanan perang samada orang awam mahupun tentera. Tidak ada bezanya dengan militan IS atau Daish. Namun mereka tidak dilabel sedemikian. Begitu juga dengan tentera Serbia dan Crotia yang membunuh, memperkosa dan mendera ratusan ribu rakyat Bosnia . Militan Tamil Eelam, IRA atau Ireland Republican Army apakah mereka bukan pengganas? Oleh kerana itulah Tun Dr Mahathir pernah menyebut bahawa definisi pengganas harus diseragamkan bagi menghentikan keganasan. Jika perbuatan membunuh orang awam samada kanak-kanak atau wanita dianggap sebagai perlakuan pengganas, maka siapa saja yang melakukannya harus dianggap pengganas termasuk state terrorisme yang dilakukan Israel.
Sejauh mana kemampuan kita untuk mengubah tanggapan seperti ini? Mungkin benar kata-kata orang terdahulu, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Sekali kejahatan yang kamu lakukan bukan saja memalit diri kamu, ia akan juga mencemarkan bangsa, agama dan tanahair kamu. Jutaan Melayu dan Islam menjadi pendamai tidak sesekali dihebahkan tetapi keganasan juga yang dikaitkan.
Jangan pernah menyesal melakukan kebaikan walaupun tidak dihargai tetapi istiqamah terus-terusan jauhi kejahatan kerana disitulah perjuangan kamu untuk bangsa, agama dan tanahair dari dicop segala kejahatan dan keburukan. Pesan Gus lagi, “Tidak ada jawatan di dunia ini yang perlu dipertahankan mati-matian”.
Merdekakan diri, jiwa dan minda kita.
LEBIH BAIK MATI BERDIRI DARI HIDUP MELUTUT

Comments
Post a Comment