PIRANHA
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــم
السلام عليكم
1. Bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia dapat disaksikan berlakunya rusuhan di stadium bolasepak akibat daripada ketidakpuasan hati penonton terhadap keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah. Keganasan penonton yang fanatik dengan pasukan masing-masing ataupun keputusan tidak tepat pengadil bukan isunya, tetapi yang lebih penting berlakunya rusuhan ganas penonton itu puncanya adalah apabila pengadil membuat keputusan yang tidak tepat dan membelakangi peraturan mengikut pandangan penonton.
2. Ada ketikanya, pengadil, pemain dan media terpaksa di bawa keluar dengan penuh perlindungan termasuk menggunakan Barracuda (sejenis kereta perisai) pada 17 November 2011 ketika perlawanan bolasepak piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Stadium bolasepak sudah bertukar menjadi zon perang akibat daripada keputusan pengadil ataupun ketidakpuasan hati penonton terhadap mutu pengadilan atau permainan bolasepak pasukan masing-masing.
3. Namun, bagaimana pula dengan dunia politik? Apa reaksi penonton apabila melihat keputusan yang diharap-harapkan tidak menjadi kenyataan? Ataupun adakah penonton yang tidak berparti hanya tersenyum melihat keputusan pilihanraya ataupun keputusan politik yang dibuat oleh pemimpin politik merugikan negara dan rakyat?
4. Nampaknya rakyat lebih mempunyai nilai kasih kepada pasukan bolasepak mengatasi sayangnya mereka kepada negara dan rakyat dengan membiarkan keputusan 'brengsek' menguasai tindak-tanduk hasil daripada keputusan pemimpin. Jika dalam perlawanan bolasepak mereka membantah keputusan pengadil dan juga persembahan pemain yang longlai, tetapi dalam soal keputusan politik yang merugikan seluruh rakyat dan negara ia dibiarkan malah ada yang mempertahankan tindakan merugikan itu. Spesis pemakan dedak juga sudah menjadi punca kepada merebaknya budaya pemimpin tidak boleh ditegur ataupun dikritik walaupun kesalahan dilakukan itu teramat berisiko serta meletakkan negara pada situasi amat lemah. Alangkah malangnya negara memiliki rakyat yang tahap kepedulian terhadap kepentingan negara dan rakyat jauh lebih rendah daripada mutu permainan dan pengadilan bolasepak.
5. Tahap kepedulian rakyat terhadap keputusan politik sebenarnya bergantung kepada sejauh mana 'celik'nya rakyat terhadap politik. Selagi proses membuta dan memekakkan telinga rakyat dari kebenaran oleh pemimpin dan parti-parti politik yang meletakkan kepentingan diri dan suku-sakat tidak dihentikan, maka selagi itulah rakyat akan hanya bertepuk tangan dan bersorak melihat persembahan bodoh dan membodohkan diri sendiri tanpa menyedari tepukan itu sebenarnya adalah simbol 'pandirisma' dalam diri mereka. Semangat Pak Kadok juga sudah meresap dalam jiwa rakyat apabila hanya mampu mencapai kemenangan dengan bersorak tetapi gagal menyedari bahawa kampung sudah tergadai.
6. Inilah hasil usaha tarbiah politik yang dilakukan oleh opportunis politik dari satu generasi kepada satu generasi dengan wirid dan tasbih yang dialunkan agar bersyukurlah dengan apa yang ada walaupun sebenarnya yang ada sudah berkurang dan menanti masa untuk dipajakgadaikan. Sampai bila penonton akan terus bersikap seperti ini? Ataupun barracuda belum ditempah akibat hutang negara sudah terlalu besar untuk menampung pembelian? Jika barracuda tidak ada, lepaskan saja 'piranha' ke dalam kolam renang dan campakkan pemimpin-pemimpin korup dan jahat itu ke dalamnya sebagai santapan makhluk ganas yang akan melahap hingga ke tulang. Tetapi jangan terkejut jika -piranha-piranha' yang dilepaskan itu pula menjadi mangsa pemimpin-pemimpin korup dan jahat di dalam kolam renang kerana mereka adalah spesis piranha paling ganas dalam sejarah penciptaan bumi ini.
Wallahualam
SANI

Comments
Post a Comment