KAKAK TUA
بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِالرَّحِيْــــم
السلام عليكم
1. Presiden Amerika Syarikat ketika era Perang Dunia Kedua Harry S. Truman berkata, "Kemelesetan terjadi apabila jiran anda kehilangan pekerjaan; tetapi tekanan terjadi jika anda yang kehilangannya". Tekanan inilah yang terjadi kepada rakyat pada umumnya seperti yang berlaku kepada kakitangan Malaysian Airline System (MAS) baru-baru ini yang diberi notis sebahagiannya diserap masuk ke MAB dan ada yang tidak lagi disambung perkhidmatan. Maknanya, dengan skim di tempat baru, pastinya nasib tidak akan menyebelahi mereka. Bukan itu saja, sebelum inipun sudahramai kakitangan bank dan lain-lain agensi swasta yang menjadi mangsa kelembapan ekonomi atau 'bad governance' di pihak pengurusan. Begitu ramai rakyat yang terpaksa menjadi penganggur jika pengurusan negara diurus umpama kanak-kanak zaman dahulu bermain ting-ting atau main guli.
2. Voluntary Separation Scheme (VSS) seakan menjadi senjata syarikat untuk menentukan keuntungan syarikat terus kekal sama walaupun pekerja-pekerja yang sekian lama mencurahkan bakti terkontang-kanting tanpa arah tuju selepas diarah menerima syarat VSS. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apatah lagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar sudah pasti kos kehidupan mereka jauh berbeza dengan kita di kampung dan pekan-pekan kecil. Sebaik VSS atau pemberhentian pekerja ini laksanakan, dunia umpama kiamat buat seketika akibat kecelaruan dan kebimbangan bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang amat mencabar ketika ini.
3. Sudah berapa lama sejak beberapa tahun lalu di seluruh negara rakyat merungut dan mengeluh tentang kelembapan ekonomi dan inflasi yang mencekik mereka. Angka-angka yang dihias dengan bunga dan 'ropol' dibentangkan pihak kerajaan ternyata gagal meyakinkan rakyat. Bagi rakyat, mereka tidak peduli dengan angka dan statistik berwarna-warni kerana semuanya tidak mampu menyelesaikan masalah anak-anak mereka ke sekolah, makan minum serta pakaian mereka sekeluarga. Mereka tidak meletakkan harapan tinggi untuk hidup mewah, tetapi hanya sekadar tidak perlu bergelut siang dan malam untuk menentukan kos sara hidup dapat berjalan seperti biasa.
4. Rakyat tidak melihat indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) samada naik atau turun sebagai ukuran naik turun taraf hidup mereka. Selagi wang saku anak-anak ke sekolah dan wang perbelanjaan dapur setiap keluarga semakin menguncup, indeks BSKL mencecah sejuta angka sekalipun tidak membawa sebarang makna. Sama seperti indeks jenayah yang kononnya rendah tidak memberi sebarang impak kepada rakyat jika motosikal dan basikal anak-anak pantang alpa akan hilang walaupun diletakkan dalam kawasan pagar rumah. Kejadian pecah rumah, samun, rogol dan bunuh setiap hari menggerunkan mereka walaupun indeks jenayah rendah. Mereka tidak sebodoh Pak Kaduk dan Pak Pandir yang mudah diperbodohkan.
5. Jika dulunya dengan wang RM100 mereka mampu bertahan untuk seminggu setiap keluarga kini hanya mampu bertahan 2-3 hari maka ianya adalah satu musibah besar yang perlu ditangani dengan segera. Dengan perlaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015 dan ditambah harga bahanapi yang sentiasa meningkat, kebimbangan rakyat terhadap pengurusan ekonomi negara ada kewajarannya. Apatah lagi apabila Perdana Menteri (PM) DS Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini mengakui secara tidak langsung bahawa ekonomi negara dalam keadaan tenat seperti dilaporkan di dalam akhbar The Star;

- "Malaysia has a stark choice of either increasing government revenue via the goods and services tax (GST) or burdening the country by borrowing more money. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the implementation of GST was necessary as the country risked becoming bankrupt like Greece if it resorted to borrowing. “We have to find additional sources of income and that’s why we have to implement the GST,”
7. Oleh kerana itulah rakyat merindui sentuhan Tun Mahathir bagaimana beliau menangani krisis ekonomi negara yang cukup serius pada tahun 1997-1998. Dengan serangan penyangak matawang ditambah dengan kelembapan ekonomi global, beliau mampu keluar dari masalah tersebut dengan bergaya sehingga menghairankan banyak pihak khususnya pihak barat.
8. Pada 7 Januari 1998, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan sebagai badan perunding kepada kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi ketika itu. Peranan MTEN adalah memulihkan ekonomi dan menyediakan asas ekonomi yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi masa depan. MTEN yang dipengerusikan sendiri oleh PM ketika itu Tun Mahathir dengan Pengarah Eksekutifnya Dato' Mustapa Mohamed memberi tumpuan serius dan diberitakan semua exco MTEN bertemu setiap hari bagi menentukan segala perancangan ke arah mengatasi masalah ekonomi itu berjalan seperti dirancang.
9. Namun demikian, kenapa sekarang tindakan seperti ini tidak dilakukan? Apakah tidak ada rasa bimbang negara akan mengalami nasib sama seperti Greece? Ataupun mengambil pendekatan lepas tangan kerana yang akan menanggung bebannya nanti adalah rakyat yang terkapai-kapai tanpa persediaan sewajarnya?
10. Rakyat melihat tidak ada kesungguhan dalam menangani masalah ekonomi negara berbanding ketika Tun Mahathir sebagai PM. Jangan salahkan rakyat jika mereka lebih menghormati Tun Mahathir berbanding PM ketika ini kerana mereka lebih yakin dengan apa yang mereka lihat dan lalui sebelum ini. Jika tidak berlakunya ketirisan dan pendekatan berbelanja di luar kemampuan, masalah hutang dan ekonomi negara tidak seberat ini serta GST juga tidak diperlukan. Daripada statistik dan data yang diikuti secara dekat oleh rakyat serta laporan Ketua Audit Negara, ternyata jumlah ketirisan melebihi kutipan hasil GST. Inilah puncanya rakyat tidak berpuashati dengan perlaksanaan GST serta penarikan subsidi bahanapi ditambah perbelanjaan mewah pemimpin tanpa segan silu.
11. Kabinet dan barisan penasihat-penasihat ekonomi negara kian bertambah, beban hutang negara juga semakin meningkat, tetapi malangnya ekonomi negara bukan saja tidak pulih daripada penyakit yang dihidapinya, malah semakin kronik. Rumusan yang boleh dibuat menunjukkan bahawa kata-kata ahli sejarah dan penulis esei Scotland Thomas Carlyle (1795-1881) adalah tepat sekali, "ajarlah burung kakak tua menyebut 'bekalan dan permintaan', dan anda akan mendapat seorang ahli ekonomi".
Wallahualam
SANI.

Comments
Post a Comment