PILIHANRAYA PRESIDEN FILIPINA

Esok 54.6 juta rakyat Filipina akan mengundi untuk memilih para pemimpin negara mereka termasuk Presiden dan senator. Ini termasuklah lebih 1.3 juta rakyat Filipina di luar negara yang mula mengundi sejak 9 Apr. Proses pengundian di luar negara berjalan selama sebulan sehingga 9 Mei apabila rakyat Filipina di negara itu keluar mengundi. Pihak berkuasa Filipina berharap 80 peratus pengundi di luar negara akan membuat pilihan mereka.

Inilah namanya pemimpin yang dipilih rakyat sebagai presiden atau perdana menteri sepertimana di Indonesia dan Amerika Syarikat. Tetapi malangnya yanag buta politik menganggap perdana menteri di negara ini juga dipilih oleh semua rakyat sedangkan mereka hanya dipilih oleh pengundi di parlimen masing-masing sahaja dengan jumlah pengundi hanya 80,260 di Pekan dan itupun tidak semua mengundi beliau di mana 15,665 diperolehi PKR dalam PRU13 dan Najib mendapat 51,278. 

Bayangkan pada PRU10 (1999), Najib hanya memperolehi majoriti sebanyak 241 di lubuknya sendiri dan calon PAS hampir menamatkan riwayat politik Najib ditewaskan oleh calon PAS Ustaz Hj Ramli Mohamed ketika itu. 

Oleh kerana itulah pencerahan politik amat penting jangan sampai dibutakan oleh macai dan pemakan dedak serta agensi-agensi yang mempertahankan status-quo demi kepentingan diri masing-masing.

Comments

Popular Posts