JAMBATAN MUTIARA
Petang tadi saya berkesempatan membelek buku 'Dialog dengan Pemimpin' karya Yusuf Harun (1986) dan begitu teruja dengan bab 'Orang Melayu Nak Bina Jambatan Pulau Pinang'.
Perkara sama berlaku lagi dalam Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik di mana dengan kos RM14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Bukan senang untuk dapatkan RM12 bilion tetapi dibazirkan hanya untuk memenuhi kebencian antara pemimpin.
Kata Warren Bennis, "Mitos yang paling berbahaya tentang kepemimpinan adalah kepercayaan bahwa pemimpin itu dilahirkan, bahwa ada faktor keturunan dalam kepemimpinan. Mitos ini menekankan bahwa ada orang yang memang memiliki karisma untuk menjadi pemimpin, sedangkan orang lain tidak. Itu tidak masuk akal. Yang benar justru sebaliknya. Pemimpin dibentuk, bukan dilahirkan."
Beberapa perenggan yang dibaca membuat saya begitu terkesima kerana ia merupakan perkara baru dalam diri ini. Baru bagi saya mungkin sudah lama buat orang lain namun saya yakin ramai yang belum mengetahuinya. Apa salahnya kita berkongsi kerana jika sudah tahu itu anggaplah ulangan yang bermanfaat dan jika belum tahu alangkah bertuahnya kita. Tahu lebih baik dari tidak tahu sedangkan yang tidak tahu berpura-pura tahu itu merbahaya.
Menurut Yusuf Harun, pada tahun 1967, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Pulau Pinang (DPPMPP) di bawah pimpinan Datuk syed Abbas Alhabshee telah membuat cadangan supaya jambatan Pulau Pinang dibina bermula dari sungai Pinang ke Butterworth. DPPMPP menjelaskan kesesakan feri Pulau Pinang dan kemasukan pelancong asing yang semakin bertambah memerlukan pembinaan jambatan menghubungkan pulau dan tanah besar.
Sekiranya kerajaan pusat memberi lampu hijau projek tersebut akan bermula tahun 1971 dan dijangka siap tahun 1974 dengan belanja hanya RM60 juta. Projek ini akan dilaksanakan atas usaha persatuan atas nama Syarikat Puja Agensi sdn Bhd dengan usahasama sebuah syarikat dari Belanda Decorient N.V yang merupakan syarikat kontraktor berdaftar dan terbesar di dunia.
Syarat dikenakan juga begitu menarik apabila kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan dan persatuan hanya perlu dibenarkan mengutip tol selama 15 tahun dengan bayaran sama seperti bayaran tiket feri. Selepas 15 tahun, persatuan akan menyerahkan kembali jambatan tersebut secara percuma kepada kerajaan jelas Datuk Syed Abbas.
Sebaik cadangan ini dikemukakan kepada Tun Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau kelihatan begitu gembira dan mengarahkan ianya diserahkan kepada EPU. Namun, tidak berapa lama kemudian ianya ditolak atas alasan hanya akan dipertimbangkan selepas tahun 1990 kerana kedudukan feri masih mencukupi.
Kata Datuk Syed abbas, "ternyata bukan semua pendapat EPU betul dan hal ini saya betul dan EPU salah". Selepas 15 tahun perkara ini dibangkitkan Datuk Syed Abbas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu Datuk Wong Pau Nee dan beliau tidak percaya jambatan Pulau Pinang mampu dibina dengan kos RM60 juta.
Feasibility study dan plan projek diserahkan 15 tahun sebelum dibina ternyata diperap begitu lama dan kosnya meningkat berlipat kali ganda malah kadar tol juga jauh berbeza dengan cadangan awal malah semakin meningkat dan entah bila akan berakhir.
Jambatan sepanjang 13.5km ketiga terpanjang di dunia itu yang dibina syarikat Pembinaan Hyundai dari Korea Selatan dengan pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia siap dengan keringat pekerja 2,100 orang dan 830 orang pekerja Korea Selatan dan bakinya pekerja tempatan.
Kata penulis buku ini, agak menarik kerana isu jambatan Pulau Pinang ini sering dibangkitkan sejak pilihanraya umum 1969 lagi dan menjadi modal parti-parti politik ketika berkempen.
Saya bersyukur akhirnya kewujudan jambatan ini direalisasikan oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad apabila dibina pada tahun 1982 dan siap pada tahun 1985 sebaik saja beliau mengambil alih kepimpinan negara. Jika terus ditangguh-tangguh, entah berapa banyak lagi kantung negara terburai.
Daripada apa yang dibaca dan difahami, usaha membina jambatan Pulau Pinang ini ditolak oleh MCA Pulau Pinang kerana bimbang ia akan dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu dari Parti Gerakan dan ini akan memberi kelebihan kepada PGRM. Rupa-rupanya kepentingan kelompok dan politik sendiri mengatasi kepentingan rakyat danb negara.
Kemudiannya setelah jambatan hampir siap, timbul pula isu memberi nama jambatan tersebut dengan berbagai cadangan dikemukakan. Pihak yang berkiblatkan Parti Gerakan mencadangkan jambatan diberi nama Jambatan Dr. Lim Chong Eu tetapi orang-orang Melayu dan pemimpin UMNO Pulau Pinang ternyata tidak senang dengan cadangan tersebut.
Hasil tinjauan singkat mendapati nama sesuai dan dapat diterima oleh semua kaum ialah Jambatan Mutiara kerana tidak akan timbul isu perkauman. Tetapi pihak UMNO merasakan dua nama yang lebih layak diletakkan nama jambatan itu adalah Tun Razak ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad.
Akhirnya nama Jambatan Pulau Pinang juga berjaya diukir pada papan tanda jambatan tersebut. Agak melucukan juga ketika timbul ura-ura pihak kerajaan akan melaksanakan projek menghubungkan Pulau Pinang dengan Seberang Prai, seorang pemimpin pembangkang berkata bahawa dia akan terjun dari jambatan itu kiranya jambatan itu jadi dibina. Rasanya mayat beliau kini sudah lumat dibaham ikan dan hidupan di bawah jambatan.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada apa yang ditulis Yusuf harun, rakyat menanggung rugi apabila parti-parti politik bercakaran dan mementingkan siapa yang akan mendapat kredit dari pembangunan dilaksanakan. Bayangkan dengan julat begitu besar antara RM60 juta dan RM850 juta sebenarnya serta kadar tol yang begitu rendah ketika dicadangkan Datuk Syed Abbas serta akan dikembalikan secara percuma selepas 15 tahun kepada kerajaan, siapa yang rugi sebenarnya?
Jangan biarkan karenah pemimpin dan parti-parti politik merencatkan usaha membataskan kerugian negara dengan membiarkan 'maling-maling' terus bermaharajalela dan koruptor-koruptor berpesta. Berhati-hatilah memilih pemimpin dan parti diwakili mereka kerana kesannya amat buruk terhadap bangsa, agama dan tanahair.
terbaik untuk projek sya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga bermanfaat
Delete