POLITIK SARKAS
Pernahkah anda menonton pertunjukan sarkas? Jika zaman dulu-dulu, ibubapa atau keluarga sekurang-kurangnya sekali akan cuba menghiburkan anak-anak dengan cara membawa mereka ke pertunjukan sarkas.
Namun sekarang tidak sukar untuk menonton sarkas. Selain di TV, jejak saja di youtube akan muncul pelbagai jenis sarkas, dari mana-mana negara atau kumpulan sarkas akan dapat ditonton.
Bagi yang menonton sarkas, pastinya akan dapat melihat ahli-ahli sarkas melompat, bergayut dan bermacam-macam aksi. Kemudiannya diikuti dengan berbagai jenis haiwan termasuk harimau yang melompat gelang api, keluar singa dan selepas itu keluar pula beruang berjalan terketek-ketek dan kuda belang juga tidak mahu ketinggalan tampil dengan aksi luarbiasa. Anjing-anjing yang comel akan membuat kita ketawa dan teruja dan akhirnya muncul badut hidung merah.
Mutakhir ini sarkas dapat ditonton secara percuma di mana-mana saja. Badut-badutnya ada yang berbaju merah mengikat kepala juga dengan kain merah. Mereka terjerit-jerit di sana sini untuk menghiburkan warga yang tidak terhibur langsung dengan pertunjukan mereka.
Ada juga yang lebih menghiburkan apabila badut-badut ini datang ke balai-balai polis membuat laporan polis atas isu-isu yang tidak memerlukan siasatan dan hanya untuk kelihatan sebagai pejuang kepada badut hidung merah.
Jika rakyat sendiri merasa loya, apakah pihak di luar negara akan memandang tinggi pertunjukan sarkas begini? Sampai bila politik sarkas membudayakan pentas politik di negara ini? Jangankan politik matang, politik keanak-anakan dan nyanyuk saja yang secocok dengan orang-orang seperti ini.
Mikir!
Comments
Post a Comment