UKURAN JANTAN BETINA


1. Petang tadi satu pengajaran berguna tampil memberi salam. Saya kebetulan ke Alor Star untuk membeli beberapa bahan-bahan kegunaan sendiri dan seorang teman ingin tumpang ke sana. 

2. Teman ini sudah beberapa kali membuat kenyataan agak kurang menyenangkan hati saya, tetapi saya anggap dalam menjaga silatulrahim, lebih kurang perlu ditelan saja. Namun, hari ini apa dilakukannya telah melepasi batas persahabatan kerana dilakukan dikhalayak ramai dan agak merimaskan saya. Mungkin juga situasi ketika itu menyumbang kepada apa yang berlaku tadi.

3. Ketika saya membeli krim pencuci muka, pewangi dan scrub tapak kaki dalam Guardian, dia yang agak resah entah kenapa berkata, "hang ni macam pompuan aih! beli cuci muka, scrub kaki macam-macam!". Keadaan dalam Guardian ketika itu ramai pelanggan dan suaranya mendominasi setiap ruang kedai.

4. Bebola mata perempuan-perempuan di dalam Guardian tertumpu pada saya dan suara yang melontarkan kata-kata itu. Kali ini hati saya benar-benar tersentuh dengan komen beliau yang saya rasa usaha memalukan saya. Saya terus berkata, "apa kamu ingat kebersihan milik perempuan?. Terus saya bayar dan keluar dari Guardian dan dia mengikuti saya dengan pantas. 

5. Saya jadi hilang selera untuk ke mana-mana dan berkata pada teman saya agar pergilah ke mana-mana yang kamu mahu sebab nanti terkena aura perempuan pulak. Saya pulang sendirian dan dalam kereta ketika memandu banyak yang saya fikirkan. 

6.  Saya berpendapat kebersihan bukan milik perempuan dan berapa ramai perempuan yang bau badan tuhan saja yang tahu. Berapa ramai perempuan yang tapak kakinya pecah seribu dan muka penuh dengan black head dan pelbagai masalah kulit muka dan bau badan.  

7. Sebelum ini pernah dia berkata "hang ni kalau kena asap rokok macam kena terkam dengan tebuan menepis! Jantan kena smoke!" sambil hembus asap rokok pada saya. Saya cuma diam menahan marah. Kini semuanya kembali menghantui saya dan buat saya berfikir apakah hanya dengan menjadi perokok baru mendapat simbol kejantanan? Berapa ramai pondan dan perempuan jalang menghisap rokok? 

8. Soal jantan atau betina bukan letak pada kebersihan dan usaha kearahnya atau merokok. Bukan juga jantan betina letaknya pada saiz kemaluan kerana tidak bermakna semuanya jika hanya umpama ular sawa mengeram. Bak kata teman saya "kecik bukan sebarang kecik tapi mainan elokkkk!". Semua yang kita lakukan dalam hidup adalah mencari kepuasan hidup. Jadi carilah kepuasan dan kemanisan hidup selagi tidak datang dari sumber haram dan menuju pintu neraka walaupun membesarkan kemaluan. Saya belum lagi mengheret panjang isu rokok dan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kerana semuanya bagi saya antara manusia dengan Tuhan. Tetapi apabila menyentuh maruah saya di khalayak, maka ada sesuatu yang perlu saya buktikan dia tidak benar.

9. Keberanian juga bukan hanya dengan melakukan kerja-kerja bodoh walaupun kelihatan berani. Umpamanya terjun bangunan dengan ketinggian 30 tingkat bukan berani tetapi bodoh dan membunuh diri namanya.

10. Apakah bagi membuktikan kejantanan memerlukan setiap lelaki berbau busuk, merokok, berganja dan menyedut vape? Kaki berkarat dan tapak kaki merekah bagai bendang musim kemarau? 

11. Sebaiknya penjelasan tidak diperlukan untuk dihulur pada yang hanya mencari fakta remeh untuk memperlekehkan orang lain. Menegakkan kebenaran hanya akan mencipta permusuhan ketika ini seperti kata Salleh Said Keruak bahawa "Berkata benar tidak semestinya tidak langgar undang-undang" dan “Di bawah Akta Hasutan, bercakap benar boleh menyebabkan anda dipenjarakan”.

12. Jika berkata benar itu satu dosa dan kesalahan, maka aku memilih untuk berdosa dan bersalah.

Salam dan Selamat Menyambut Tahun Baru. 


Comments

Popular Posts