KENAPA TUN DIASAK BERTALI ARUS

Tidak sukar mencari punca kenapa Tun Mahathir diserang bertali arus oleh kelompok yang boleh dianggap begitu terdesak atas alasan apa sekalipun sehingga mengungkit asal-usul beliau.

Ada yang terdesak mengejar jawatan dan pangkat, ada yang terdesak memburu wang dan harta, ada yang terdesak mencari tempat berlindung dari menjadi tersangka kes-kes tertentu, ada yang terdesak untuk terus kekal di kerusi empuk dan tidak kurang terdesak mahu merebut peluang menjadi calon pilihanraya akan datang. Semuanya atas keterdesakan yang didesak oleh kerakusan dan kehalobaan yang menggelegak dalam diri masing-masing bukan demi rakyat seperti yang berbuih keluar dari tenggorok dan mulut penipu-penipu ini.

Jika Tun benar-benar bersalah kenapa hanya sekarang mereka menyerang dan membongkar segala macam kebejatan dan kebobrokan konon dilakukan oleh Tun? Bukankah kebanyakan mereka juga berada dalam barisan kabinet dan kepimpinan UMNO dan BN ketika itu? Apakah mereka turut bersekongkol atau menjadi bangkai bernyawa sahaja ketika itu?

Manusia yang bersekongkol atau menjadi bangkai bernyawa tidak sepatutnya disokong dan dipertahankan untuk terus menjadi pemimpin.

Mereka cuba mengelirukan rakyat antara kerugian dalam pelaburan atau perniagaan di zaman Tun M dengan mencuri wang menggunakan syarikat bayangan sebagai wadah atau 'shadow company' bagi melakukan operasi mencuri dana seperti yang disebut dalam laporan awal kes 1MDB serta bukti-bukti jelas terdakwa di Singapura dan siasatan DOJ.

Hakikat sebenar Tun dicerca, dihina dan dikecam bukan kerana Tun Mahathir seorang pengkhianat, gila kuasa atau punca kerugian wang negara ketika pemerintahannya. Punca sebenar adalah kerana Tun MENGKRITIK NAJIB dan berusaha menggantikan beliau.

Jika Tun berdiam diri sudah pasti Tun dipuja dan disanjung sebagai negarawan seperti dibuat kepada Pak Lah. Maknanya bukan disebabkan mempertahankan bangsa, agama dan negara tetapi mempertahankan kejahatan.

Firaun, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab ni sejahat-jahat manusia tetapi tidaklah dikecam dan dihina setiap detik terluang oleh sesiapa pun. Khatib solat Jumaat pun tidak hentam Firaun, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab setiap minggu kerana dosa dan hukuman menanti mereka di sana nanti malah di dunia sudah menerimanya. Khatib pun ada topik lain disentuh tetapi khatib dan lebai kepiah longgar ini setiap masa, kiri, kanan, depan dan belakang hentam Tun M bertalu-talu kerana apa?

Apakah Tun mengejar tentera Malaysia atau PDRM hingga terpaksa meredah lautan dan perlu meminjam tongkat Nabi Musa? Apakah Tun melakukan semua kejahatan-kejahatan dilakukan Firaun, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab? Rasanya Firaun, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab pun kalau masih hidup tidak dihentam sebegini sebabnya dia tidak mengkritik Najib dan tidak berusaha menumbangkan BN dan UMNO.

Ulama dan lebai-lebai lebih memilih menghentam Tun Mahathir dari menghentam Firaun, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka lebih gemar berceramah isu nikah kahwin, petua kekalkan jodoh dan mesra suami isteri, lawak pergolakan rumahtangga dan doa-doa mustajab.

Rakyat secara umumnya faham bahawa Tun tidak akan dihina seperti ini jika beliau terus menjadi 'Pak Angguk' dan tukang endorse apa dilakukan Najib.

Amat pelik sekali mencari kesalahan lampau yang jelas mereka juga turut berjelaga hitam dalam 'chimney' yang sama tetapi pada masa sama berdiam diri dan mempertahankan tindakan merugi dan menjahanamkan negara oleh pemimpin ketika ini.

Jika menteri propaganda Hitler Joseph Goebbels masih hidup atau dibangkitkan semula dari kubur pastinya beliau terperanjat besar propaganda yang sedang dilakukan ini. Angkat bendera putih sambil berlari telanjang agaknya Joseph Goebbels.

Marilah kita sama-sama berfikir secara waras agar tidak terjebak dengan permainan oleh pihak terdesak ini untuk memperbodohkan kita hanya untuk kelangsungan kuasa dan terus menindas kita. Bekal apa yang akan kita tinggalkan kepada generasi

Comments

Popular Posts