KAMI ADALAH KORUPTOR
Salam,
1. Apa khabar sahabat-sahabat semua? Agak lama saya tak menulis di sini kerana menulis tidak seperti memasak yang sudah ada resipi dan bahan boleh saja memasak. Menulis memerlukan 'mood' dan ketenangan hati dan jiwa untuk mencuit minda bagi menuangkan idea yang berkubang di sana.
2. Pagi ini saya cuma ingin berkongsi mengenai isu yang sudah berakar mereput di di daerah dan negeri bersempadan dengan Thailand dan hanya disentuh apabila ada isu besar yang timbul. Kapal yang besar akan tenggelam walaupun lubang kecil dibiarkan terus menjadi punca masuknya air ke dalam kapal.
3. Jika kita bercakap soal penyeludupan samada manusia, barang kawalan termasuk bahanapi di sempadan seperti memukul bola squash ke dinding yang akan kembali kepada kita sendiri tanpa ada pihak lain yg akan selesaikan masalah ini. Amat hairan kerana betapa kebalnya koruptor walaupun yang bertanggungjawab terhadap korupsi terus mengatakan korupsi makin berkurang.
4. Kita hanya merungut kesan dari penyeludupan tanpa merungkai punca dan menyesaikannya. Jika kita bercakap kepada pihak penguatkuasa walaupun yang punya kuasa dari sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya jawapan mereka amat menyedihkan sekali. Di pihak yang bertanggungjawab terhadap korupsi pula seolah-olah mereka mewakili agensi lain untuk mengabsahkan tindakan itu seperti "minyak selagi belum melintas sempadan tidak dikira sebagai menyeludup". Kamu ini pengarah mencegah korupsi atau KPDNKK dan unit pencegah penyeludupan? Tugas kamu adalah membaham koruptor yang semuanya berlaku di dalam wilayah Malaysia. Yang bertanggungjawab terhadap penyeludupan pula berkata tidak ada maklumat sedangkan ia berlaku secara terang-terang dan kenderaan penyeludup melintasi lokasi pemeriksaan. Teman yang buta pun nampak bagaimana yang tidak buta asyik membuta?
5. Dulu soal subsidi tetapi sekarang walaupun tidak lagi diberikan subsidi tetaplah ianya barangan kawalan. Kawal apa? Sanggup mereka memperbodohkan rakyat termasuk bersolidariti dengan pemimpin politik kononnya kerja menyeludup ini kerja turun temurun. Jika diambil tindakan maka mereka akan hilang punca pendapatan. Apakah jika turun temurun menjadi pelacur kita perlu membiarkan mereka terus melacur? Jika mereka berniaga dadah secara turun temurun membiarkan mereka menjadi dalang sindiket dadah?
6. Betapa ceteknya pemikiran pemimpin kononnya mewakili rakyat memberi alasan bodoh seperti ini sedangkan tugasnya adalah bagaimana mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan termasuk berniaga di kawasan mereka. Jika inipun tidak mampu kenapa harus meniup trompet kita hebat dan 'dahsyat' di peringkat negeri atau pusat? Rupa-rupanya adalah lebih baik membiarkan rakyat menjadi penyeludup daripada memberi peluang mereka hidup dengan sumber halal dan berterusan. Perlukah mereka menjadi penyeludup sehingga kiamat untuk terus hidup?
7. Ada pula penguatkuasa berkata susah bertindak kerana melibatkan tokoh politik sindiket penyeludupan bahanapi ini. Bagaimana dengan ada stesen minyak yang bersekongkol dengan penyeludup bahanapi ke Thailand yang menaja pelbagai aktiviti DAP? Apakah kamu biarkan dia mendokong DAP sedangkan umum mengetahui jika melibatkan pembangkang pastinya tindakan pantas akan dilakukan.

8. Saya lebih rela mendengar jawapan "kami adalah koruptor" daripada penguatkuasa dan pemimpin politik daripada terus menelan alasan memperbodohkan rakyat.
Wallahualam
Comments
Post a Comment