Melayu Singapura
Salam,
1. Orang Melayu Singapura tidaklah menjerit "Hidup Melayu! Hidup Melayu!" seperti yang sering kita dengar ataupun terbaca di dada atau perut media. Mungkin kerana bimbang diISAkan (Singapura masih kekal dengan ISA) atau bagi mereka yang lebih penting adalah kejayaan dalam karier, kehidupan dan nilai sebenar darah bangsa yang mengalir dalam tubuh masing-masing.
2. Mereka tidak ada 'Ketuanan Melayu ' seperti Melayu di Malaysia yang tidak henti-henti mengaku 'Tuan' walaupun setiap hari memegang penyapu dan menyapu atau mop untuk mengelap lantai rumah atau pejabat bukan Melayu. Mereka tidak ada 'Ketuanan' Melayu ' seperti Melayu Malaysia yang terjerit-jerit mencium keris dan minta maaf selepas itu walaupun hanya menjadi tukang pulas steering kenderaan mewah bukan Melayu.
3. Tetapi 'Ketuanan Melayu' orang Singapura yang sebenar ada dalam darah, nafas, minda dan jiwa mereka yang kental sehingga bukan saja berjaya di negara mereka bahkan di luar negara khususnya Malaysia. Jangan pula ada yang menggenggam 'kalkulator' mengira jumlah Melayu Singapura di negara kita yang berjaya tetapi lihat kualiti dan peratusan berbanding jumlah sebenar mereka di negara asal. Membuat perkiraan mudah begitu hanya meletakkan tahap kita sama dengan kanak-kanak pusat asuhan sahaja.
4. Jika dulunya Melayu Malaysia cukup teruja dan kagum dengan legenda bolasepak Singapura Fandi Ahmad di zaman 'Super Mokh' @ Mokhtar Dahari, tetapi sekarang dunia hiburan Malaysia juga cukup hebat dan meletup dengan tangan-tangan Melayu Singapura. Nama Aaron Aziz, Dato' M. Nasir menjadi bualan yang meniti di bibir-bibir rakyat negara ini. Apakah mereka Melayu luarbiasa? Mereka Melayu yang juga sama seperti Melayu di negara ini. Tetapi pengalaman dan asuhan yang dilalui saja yang berbeza.
6. Rupa-rupanya, menjadi minoriti adalah kekuatan bukannya kuantiti atau majoriti. Menjadi majoriti mengakibatkan manusia lupa asal-usul bahkan dibuai mimpi sehingga ketagihan penyakit 'syok sendiri' yang tidak berkesudahan.
7. A. Shukur Harun mantan wartawan menulis dalam artikel diterbitkan Malaysian Insider menyebut "Speaker Parlimen Singapura ialah seorang wanita Melayu, Dr Halimah Yaacob, sementara Dr Maliki Osman memegang jawatan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), sementara menteri yang bertanggungjawab bagi Melayu/Islam ialah Dr Yaacob Ibrahim. Di samping itu, anak Melayu juga sudah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan. Ini adalah perubahan yang sangat jelas di kalangan orang Melayu, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru Melayu Singapura di mana semuanya adalah hasil pendidikan tinggi yang diperolehi oleh generasi Melayu baru Singapura." Tambahnya lagi, "Melayu Singapura kini menjadi contoh terbaik bahawa walaupun ia golongan minoriti di tengah bandaraya yang demikian moden dengan nilai matawangnya yang demikian tinggi, tetapi ia kini mampu bersaing dengan kaum lain, khususnya kaum Cina di negara itu.

5. Saya pernah menghadiri kursus di Kuala Lumpur bersama-sama pegawai Melayu dari agensi sama di Singapura. Sepanjang kursus tersebut, apa yang saya amati, beliau begitu berdisiplin, gigih dan mempunyai cara pandang tugas yang berbeza serta ketaatan kepada negara dan agensi mereka dengan cukup baik. Bukan sesuatu yang menghairankan jika mereka sentiasa berada selangkah di hadapan kita. Hanya kita yang menyangka kita di situ tetapi sebenarnya dua langkah di belakang.
6. Rupa-rupanya, menjadi minoriti adalah kekuatan bukannya kuantiti atau majoriti. Menjadi majoriti mengakibatkan manusia lupa asal-usul bahkan dibuai mimpi sehingga ketagihan penyakit 'syok sendiri' yang tidak berkesudahan.
7. A. Shukur Harun mantan wartawan menulis dalam artikel diterbitkan Malaysian Insider menyebut "Speaker Parlimen Singapura ialah seorang wanita Melayu, Dr Halimah Yaacob, sementara Dr Maliki Osman memegang jawatan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), sementara menteri yang bertanggungjawab bagi Melayu/Islam ialah Dr Yaacob Ibrahim. Di samping itu, anak Melayu juga sudah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan. Ini adalah perubahan yang sangat jelas di kalangan orang Melayu, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru Melayu Singapura di mana semuanya adalah hasil pendidikan tinggi yang diperolehi oleh generasi Melayu baru Singapura." Tambahnya lagi, "Melayu Singapura kini menjadi contoh terbaik bahawa walaupun ia golongan minoriti di tengah bandaraya yang demikian moden dengan nilai matawangnya yang demikian tinggi, tetapi ia kini mampu bersaing dengan kaum lain, khususnya kaum Cina di negara itu.
8. Orang Melayu Singapura bukan sahaja rancak membuka restoran siang dan malam di merata tempat walaupun sewanya mahal, tetapi juga membuka kedai yang menjual pelbagai jenis barang di merata pusat membeli belah. Mereka juga membuka agensi hartanah, mengadakan pelbagai pusat latihan, membuka agensi pelancongan termasuk pakej umrah dan haji tanpa tongkat-tongkat sakti yang akan menjelmakan Hang Tuah, Hang Jebat, Badang, Raja Bersiong dan sebagainya. Mereka hidup di alam nyata bukan ilusi dan mimpi. Jika kita hendak bermimpi maka tidurlah dan jika mahu ia menjadi kenyataan maka bangunlah.
9. Melayu tetap Melayu, Cina tetap Cina dan India tetap India. Yang menyebabkan berjaya atau gagal sesuatu bangsa adalah sikap mereka khususnya hasad dengki, khianat mengkhianati berpaksikan fitnah sebagai tangkal menyantau musuh.
Wallahualam
SANI
Comments
Post a Comment