SEPAK RAGA BULAT


Petang tadi ketika memandu pulang dari Alor Setar dan ketika sampai di persimpangan lampu isyarat Tanah Merah, Jitra, saya terpandang kain rentang ‘Pertandingan Sepak Raga Bulat’. Tetapi yang peliknya gambar di tepinya diletakkan gambar pemain sedang melibas bola ala-ala ‘Adnan Saidin’ Raja Rejam Sepak Takraw negara satu ketika dulu.

Sebenarnya permainan sepak raga bulat berbeza dengan sepak takraw di gelanggang siap dengan apit kiri, kanan dan tekong. Sepak raga bulat permainannya adalah masing-masing sedaya upaya akan menjaga bola daripada jatuh selama mana yang mungkin. Pemain-pemainnya ada yang sampai terguling-guling, ada yang masuk longkang namun sedaya upaya akan tetap menjaga bola daripada jatuh.

Dari situ, ingatan saya jauh melayang dengan teringat apa yang sedang dilakukan ketua-ketua bahagian UMNO, pemimpin dan menteri-menteri UMNO. Najib diibaratkan bola sepak raga dan ketua-ketua bahagian UMNO, pemimpin dan menteri-menteri UMNO adalah pemain-pemain sepak raga bulat. Begitu gagah dan bersungguh-sungguh mereka melambung-lambung Najib supaya tidak jatuh dan sanggup mereka dimaki-hamun dan dicemuh oleh rakyat. Ada yang tersadung dan jatuh tetap bangun menjaga Najib jangan sampai jatuh. Itulah kehebatan Najib sepertimana bola sepak raga dalam permainan yang dikepung dan bertungkus-lumus dijaga jangan sesekali jatuh.

Rakyat pula di belakang Pakatan Harapan (PH) bermain golf seboleh-bolehnya mahu memukul Najib sejauh mungkin hingga tidak lagi kelihatan. Seperti disebut Ustaz Shamsuri jika boleh lebih baik ‘hole in one’ terus masuk lubang.

Dahulunya PAS bersama-sama pembangkang dan rakyat bermain golf dengan Najib tetapi kini mereka telah menyertai ketua-ketua bahagian UMNO, pemimpin dan menteri-menteri UMNO bermain sepak raga bulat. Ada masanya mereka lebih dahsyat dari orang UMNO seperti Nik Abduh yang sanggup melabel Tun Mahathir otak senget hanya disebabkan isu ‘Bugis’. Hebat Nik Abduh lambung bola sepak raga tak jatuh-jatuh sambil sengeh gigi dua batang pulak tu. Bukan senang nak buat begitu kalau bukan ‘pakar’ lambung.

Untuk PRU14, marilah kita sama-sama main golf dengan Najib dan hayun bola (Najib la tu) sejauh yang boleh masuk lubang dan terus kita tutup dengan pokok tunjuk langit atau ketum. Ketua-ketua bahagian UMNO, pemimpin dan menteri-menteri UMNO sekali dengan PAS kita masuk dalam ‘buggy’ bawa masuk dalam bunker atau kolam. Naik saja ketuk kepala dengan ‘wood’.

Salam

Comments

Popular Posts